Wednesday, 26 December 2012

BAJU SEKOLAH...

Assalamualaikum..hari ini saya nak kongsikan satu cerita yang agak menyentuh hati untuk dibaca...

SELAMAT MEMBACA..:)


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.

Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

Tuesday, 25 December 2012

MENCUBA PAKAIAN SYURGA..:)

Assalamualaikum...hari ini saya nak kongsikan satu artikel yang menarik untuk dibaca tentang mencuba pakaian syurga dari Sumber: http://www.ukhwah.com/..islam adalah agama yang sangat indah dan setiap apa yang terjadi pada kita pasti mempunyai hikmah.Jadi janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah swt kerana Allah swt adalah perancang terbaik untuk kita..Allah swt Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui.apa yang tersurat dan tersirat di hati setiap hambanya.Haraplah hanya keredhaan Allah swt dan bukannya keredhaan manusia..bersama-samalah kita saling mengingati sama ada saya atau para pembaca..cukuplah hanya Allah swt di hati kita kerana Allah swt adalah Maha pencipta kita dan sekalian alam..saya dengan rendah hati sebagai manusia biasa juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kesalahan dan dosa  tak kira sama ada dalam keadaan sedar atau tidak kerana tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni melainkan Rasulullah saw manusia agung dan sempurna..jika kita telah melakukan dosa hendaklah kita kembali kepada Allah swt kerana Allah swt Maha Pengampun dan Maha penerima taubat..insyaAllah selagi pintu taubatNya tidak tertutup selagi itulah kita mempunyai peluang untuk meinta keampunan dariNya..Bagi para pembaca perempuan jika kita mempunyai niat untuk menjadi lebih baik tak kira dari segi pemakaian,akhlak atau sebagainya..teruskan jelah niat murni kita itu tanpa rasa ragu -ragu atau takut dengan penilaian manusia terhadap diri kita biarlah hanya Allah swt sahaja yang mengetahui keikhlasan hati kita insyaAllah....oklah sampai disini sahaja hari ini..Semoga kita mendapat manfaat darinya..InsyaAllah..SELAMAT MEMBACA dan SELAMAT BERAMAL...^_^

 

Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.

Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.

Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?

Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?

Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?

“Eh, Minah ni, pakai jubah pula.”

Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.

Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

 

Kita dan Fesyen

Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :

“Eh, Aishah, Kenapa labuh sangat?”.

Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.

“Erm, memang saya suka jenis yang macam ini.”

 

Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak lumat entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.

Apa yang Hilang?

Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.

Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.

Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.

Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.

Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.

Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.

Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?

Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.

Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur :31)

Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?

Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?

 

Prejudis Terhadap Umat Sendiri

Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba “berhijrah” ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?

Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!

Sabda Nabi Junjungan

Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Bersabda Rasululah saw:

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing.” (H.R Muslim)

Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.

Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas .a. bekata, Rasulullah saw. bersabda:

“Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.” (H.R Tirmizi)

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.

Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

 

Lecehnya Islam

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

Tiada.

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Rasulullah saw. bersabda :

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.


 

Monday, 24 December 2012

HATIKu INGIN sEkAli MenONton DRaMa Korea Iaitu Queen In HYun MAN ( Queen and I)

assalamualaikum..pada semua penggemar drama korea..pasti sering search tajuk  atau download drama korea yang terbaru dan yang bestkan2...ermmm saya dah terikut dengan ada salah satu drama korea teraru iaitu Queen in Hyun Man....saya baru tengok sampai episod 10 kat dramacrazy.. tapi sampai episod ke -10 je videonya tersekat..kecewanya saya...tahu tak cerita sangat menarik dan best..plot ceritanya lebih kurang sama dengan rooftop prince...tetapi rooftop prince lebih bergenre kelakar,fantasi dan sedih.Manakala Queen in Hyun Man ni genrenya lebih kepada romantik,fantasi dan sedih..Ianya mengisahkan tentang seorang lelaki yang hidup dalam zaman era joseon 300 tahun dahulu dan termasuk ke era moden iaitu tahun 2012 melalui sekeping kertas yang mempunyai ayat-ayat jampi yang dibaca lelaki tersebut...dan di zaman moden pula dia telah ditakdirkan bertemu dengan seorang perempuan yang juga merupakan pelakon perempua dan diberi watak wanita yang bernama Queen In hyun untuk dilakonkan olehnya dalam sebuah drama...banyak perkara manis dan aneh yang dilalui oleh perempuan tersebut..Dvdnya sudah terdapat di pasaran-pasaran dan saya tak sabar untuk memilikinya untuk menambah koleksi drama korea yang sedia ada di rumah saya...kena sabar sebab saya kena kumpul duit dulu sebelum membeli benda yang saya suka..kalau ikutkan nafsu memang sekarang juga saya nak pergi beli...tapi sabar tu separuh dari iman dan membazir tu amalan syaitan sebab tu saya kena tangguhkan dulu niat saya utk mememiliki dvd tersebut..nak kumpul duit untuk perkara yang lebih penting dulu...^_^...kepada peminat drama korea jangan lupa tengok cerita Queen In Hyun Man sebab ceritanya memang menarik dan best..oklah sampai sini sahaja..nanti kalau ada cerita korea atau artikel2 yang menarik untuk dibaca saya akan kongsikan ok...SELAMAT MEMBACA..^_^

                                                       QUEEN IN HYUN'S MAN

Sunday, 23 December 2012

BeSTnYA CTEr PASTA KOREAn DrAMa...:)

assalamualaikum...semalam 23 hari bulan saya baru lepas habis  kertas kedua final exam dan next paper adalah khamis mggu depan..jadi saya diberi keizinan oleh ibu bapa saya untuk menghilangkan tekanan tapi 1 hari pastu kena fokus pada buku balik dan buat revision untuk next paper...so dengan kesempatan ini..saya takkan melepaskan peluang untuk menonton koleksi-koleksi drama korea kesayangan saya tapi satu cerita jelah dan boleh habiskan semua epsd dalm 1 disc sahaja kalau nak tgk sampai epsd akhir terlebih hadlah tu nnti, bila saya dapat final exam paper takkanlah saya nak tulis nama pelakon-pelakon yang ada dalam cerita korea yang saya tgk lak..alamatnya telur ayamlah saya..huisshh..simpang malaikat 44 minta janganlah because our future is more important in this world...cehwah speaking matsalleh tu..ahakks!!::P
hari  ini untuk menghilangkan tekanan dan merehatkan minda..saya pun menontonlah drama korea yang baru saya beli pada 3 hari lepas bersama ibu saya..tajuk ceritanya ialah pasta..cerita ni mengisahkan seorag gadis yang mempunyai semangat kental dan tak berputus asa untuk mencapai cita-cita untuk menjadi tukang masak selepas 3 tahun menjadi pembantu dapur di sebuah restoran dan impiannya adalah dapat masak pasta untuk mendiang ibunya..kerana sewaktu ibunya masih hidup dia tak berpeluang makan pasta bersama ibunya di sebuah restoran dan telah menghampakan keinginan ibunya untuk makan pasta bersamanya di sebuah restoran...jadi di situlah bermulanya perjalanan hidup gadis itu dalam mengejar cita-cita dan impian..kemudian datangnya seorang lelaki ke dapur masakan tersebut dan menjadi pekerja baru sekaligus merupakan ketua chef di restoran tempat gadis itu bekerja..pelbagai pengalaman pahit yang dilalui oleh gadis itu tetapi dia tetap tidak berputus asa dan tabah melaluinya....
sampai sini jelah yang saya faham tentang cerita pasta sebab saya baru tgk sampai epsd 5..bagi saya cerita pasta ini agak menarik dan saya tak sabar nak tengok sampai akhir epsd...nak ikutkan hati nk jer terus tgk cerita ni sampai habis tapi kena sabar dulu sebab final exam belum habis lagi..hehheheh..saya tahu cerita pasta ni dah lama tapi saya baru dapat tahu yang cerita ni best semenjak saya mula jadi penggemar menonton drama korea...^_^
byk lagi sebenarnya cerita drama korea yang best-best...cuti sementer nnti nak tgklah..hehehe..oklah sampai sini sahaja..SELAMAT MEMBACA..^_^



Saturday, 22 December 2012

KESALAHAN SEMASA MEMBACA AL-FATIHAH



PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH

Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.

NAMA SYAITAN

1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH

2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB

3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU

4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK

5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS

6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti

8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.

b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)

c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.

 

KEHEBATAN DOA MENGUBAH TAKDIR....


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat......

"Lalu, bagaimana

Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah............

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....

(Sumber: Hadis Kudsi)

Wednesday, 19 December 2012

RESEPI DURIAN CREPE

RESEPI DURIAN CREPE

Rujukan : Hesti

250 gm tepung gandum

3 biji telur

500 ml santan

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh pandan emulco

1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas

Kacau rata

Masukkan dalam blender dan kisar

Kemudian tapis

1)Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat

2)Panaskan hingga kuali benar-benar panas

3)Oleskan sedikit minyak pada kuali

4)Kemudian kecilkan api

5)Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe

6)Adunan tak perlu di balikkan

7)Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat

8)Buat sehingga habis

9)Biarkan sejuk.

Durian Filling

1 cawan Non dairy Whipping Cream

Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental

Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Bentangkan 1 keping crepe

Letakkan Whipping Cream di tengahnya

Letakkan isi durian

Tutupkan semula dengan Whipping Cream

Lipatlah crepe

Kemudian simpan dalam peti ais sebentar

Enak di hidangkan dingin ( semasa sejuk )

 

Pengubatan Islam untuk Rabun Mata

PeNGUBatan Islam untuk RaBuN mata

assalamualaikum...saya kongsikan lagi info menarik bagi orang yang mengalami rabun mata tak kira jauh or dekat...SELAMAT BERAMAL ^_^

pengubatan islam untuk rabun mata.. baca surah Qaf ayat 22 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRle3FfOcEvGpavFju2iuzXsTUfFlU_-dtg-TcqD-7ePiuu1udQRHwvlsc3GBiqUW1uXNyQAvYrRnvfvVEdHr2pZQ2p2I5v1oSG7TFC1SN4vD9aw5qbXcdeJ0TrZeWHp4FahzR_o_AxKPv/s1600/050-Qaf(016-AzZariat006).jpg

Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Cara-caranya:

Dapatkan 7 batang karot yang muda dan diblend. Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus karot yang telah diblend tersebut. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Jus karot mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, katarak, hemeralopia dan mata-kering. Dengan berkat dan izinNya banyak pesakit telah sembuh dari rabun mata.


.dgn izinNya insyaAllah...

 

JEMPUTLAH JODOHMU...

♥ JEMPUTLAH JODOHMU ♥

Ya Akhy,,
Jika saat ini, engkau sedang mengalami kesendirian
Dalam menanti sang pujaan,
Yakinlah bahwa dirinya yang akan segera di berikan kepadamu,
Sedang merasakan hal yang sama.

Sang pujaan hatimu sedang di didik
Dan di uji oleh-Nya,
Untuk menjadi calon istri shalehah,
Pendamping Ikhwan pilihan sepertimu.

Ya Ukhty,,
Engkaupun demikian adanya,
Jangan berkecil hati dan sempit pandangan,
Hanya karena si dia yang pernah jadi pujaan,
Di yakini jadi teman seperjuangan,
Justru bukan sebaik-baik pilihan.

Allah pasti sudah menyiapkan gantinya untukmu,
Yang jauh lebih baik, lebih shaleh,
Dan bisa menjamin kebahagiaanmu,
Di dunia dan akhirat,
Jika engkau mampu berupaya menjaga dirimu.

Tiada yang salah dengan janji-Nya,
Tiada yang meleset dengan ketetapan-Nya,
Tiada yang keliru dengan segala Idarat-Nya,
Semua telah di tuliskan-Nya,
Semua kejadian telah di bukukan-Nya.

Oleh karena itu,,
Sudah bukan saatnya lagi,
Untuk merenung, menangis, menyesali diri,
Apa lagi,, sampai menyalahkan takdir yang telah terjadi pada diri.

Ciptakan Mimpi,, Raih Prestasi,,
Jemputlah sang kekasih pujaan hati,
Dengan penuh keyakinan dan kemantapan Iman.

Saudaraku..... Engkau berani...? ^__^

WAKTU SIARAN KEMAH KEMING USTAZ AZHAR

assalamualaikum semua...saya merupakan peminat setia ustaz Azhar Idrus..jadi saya ingin kongsikan waktu siaran yang sebenar bagi rancangan kemah keming ustaz Azhar Idrus..jadi saya menyeru kepada semua pembaca blog saya terutama sekali yang beragama islam..(ada ke org bukan islam baca blog saya..x taulah kalau ada saya amat berbesar hati dan terima kasih..kerana sudi membaca blog saya..^_^) tontonlah rancangan ni kerana ianya memberi banyak manfaat dalam kehidupan kita...rugi kalau tak tengok..jadi sama-samalah kita kejar ilmu tak kira sama ada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat sebab ilmu itu amat penting dan merupakan penyuluh kehidupan..ok semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati Allah swt...insyaAllah...SELAMAT MEMBACA dan SELAMAT MENONTON..^_^

Sukacita di maklumkan bahawa, tayangan Soal Jawab Agama dalam Program Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (KK UAI) yang bersiaran 30 minit pula akan dimulakan dengan lebih awal sedikit dari yang telah di rangcang pada 3 Januari 2013 kepada 23 Disember 2012 (Ahad) depan. dengan 3 siri secara berterusan.

Semoga segala urusan berjalan lancar.


23 Dec 9:00 pm Astro OASIS Episod 1
Soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus.

23 Dec 9:30 pm Astro OASIS Episod 2
Soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus.

23 Dec 10:00 pm Astro OASIS Episod 3
Soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus.


HAKIKAT KECANTIKAN DAN KETAMPANAN...

assalamualaikum..buat pembaca blog saya,hari ini saya nak kongsikan lagi perkara yang menarik dan bermafaat untuk dibaca....SELAMAT MEMBACA...^_^




Bismillahi minal Awwali wal Akhiri ..




Makan dan minum secukupnya
Agar cantik dan tampan, akhwat dan ikhwan tidak boleh makan seenaknya/sesukanya dengan penuh kerakusan, tapi makan sebatas dapat menegakkan tulang-tulangnya untuk mendapatkan tenaga dalam menjalankan aktifitas sehari-hari dengan baik.

Ingatlah firman Allah swt.: "…makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan/melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (Q.S. Al A’raaf 7: 31). Kemudian dalam sebuah hadits diterangkan: "Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi saw. sabdanya: "Orang-orang kafir makan dengan tujuh perut, dan orang mukmin makan dengan sebuah perut." (H.R. Muslim).

Rasulullah saw. menghindari makan dan minum berlebih-lebihan. Beliau makan dan minum hanya pada saat perut terasa lapar dan mengisi perut dalam tiga bagian, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum, dan sepertiga untuk bernafas. Akibat banyak makan biasanya mudah obesitas, mudah terkena penyakit, cenderung malas ibadah, malas bekerja. dll.

Berolah Raga

Supaya kecantikan/ketampanan yang telah Allah swt. anugerahkan pada kita dapat dijaga, upayakan kondisi fisik selalu bugar melalui olah raga sesuai minat/usia masing-masing. Aturlah waktunya disela-sela kesibukan yang ada. Dalam suatu hadits diterangkan: "Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah." (H.R. Muslim).

Dengan berolah raga insya Allah jasad kita dapat lebih terawat, sehingga kondisi tersebut dapat membantu ikhwan/akhwat melaksanakan tugas rutin sehari-hari dengan energik.

Menjaga kebersihan

Yang perlu dijaga kebersihannya adalah seluruh anggota badan dan pakaian. Hadits Bukhari menerangkan: "… Mandilah pada hari Jumat dan keramaslah meskipun kau tidak dalam keadaan junub dan pakailah wewangian…" Perbedaan wewangian antara ikhwan dan akhwat ada, yaitu: Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: Parfum pria adalah yang tercium aromanya dan tidak tampak warnanya dan parfum wanita adalah yang tampak warnanya dan tidak tercium aromanya." (H.R. Tirmidzi dan An-Nasa’i). Ikhwan/akhwat hendaknya dapat menjaga penampilan diri dari bau keringat yang tidak sedap.

Juga dalam hadits Bukhari dan Muslim diterangkan kebersihan badan seseorang dengan menjaga lima perkara yang termasuk fitrah, yaitu khitan, mencukur rambut kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memendekkan kumis.

Untuk kebersihan pakaian, Imam Ahmad dan Nasai meriwayatkan hadts dari Jabir r.a., ia berkata: "Rasulullah saw. pernah mengunjungi aku. Ketika beliau melihat seorang laki-laki lewat dengan pakaian lusuh dan kumal, beliau bertutur: Rupanya ia tidak mempunyai sabun untuk mencuci pakaiannya itu." Pada hadits ini, Rasulullah saw. tidak menyukai seseorang yang bertemu dan berkumpul dengan orang lain memakai baju yang kotor dan lusuh selama ia mampu mencuci dan membersihkannya.

Rasulullah saw. mengajarkan kita bahwa pakaian seorang muslim harus selalu rapi dam bersih, sehingga penampilannya sedap di pandang mata. Tentu saja, pakaian tersebut tidak perlu yang selalu baru apalagi kebiasaan mengoleksi baju dengan jumlah berlebih-lebihan, yang terpenting adalah rapi dan bersih, karena pakaian yang menjadi rizki kita sesungguhnya apa-apa yang sampai tidak dapat terpakai lagi oleh diri masing-masing.

Menjaga kebersihan gigi dan mulut, "Seandainya tidak memberatkan kepada umatku, pasti aku suruh mereka untuk bersiwak setiap kali akan shalat." (H.R. Bukhari dan Muslim).

Memelihara kebersihan rambut, Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa yang memiliki rambut, maka hendaklah ia menghormatinya (memeliharanya)." (H.R. Abu Daud dan Abu Hurairah r.a.). Menghormati rambut itu maksudnya membersihkan, menyisir, memberi wewangian (minyak rambut), dan memeliharanya dengan baik. Islam tidak menyukai orang yang membiarkan rambutnya berantakan/acak-acakan, kotor, dan bau.

Merapikan Diri

Firman Allah swt.: "Katakanlah, siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rizki yang baik-baik?" (Q.S. Al A’raf 7: 32).

Dalam menafsirkan ayat tersebut, Imam Qurthuby berkata: "Imam Makhul meriwayatkan dari Aisyah r.a., ia bercerita: "Pernah sekelompok sahabat menunggu Rasulullah saw. di depan pintu. Ketika beliau hendak keluar menemui mereka, beliau bercermin di air yang ada di dalam bejana di dalam rumah. Setelah beliau merapikan rambut dan jenggotnya, aku (Aisyah) berkata: "Engkau lakukan ini, wahai Rasulullah?" "Ya, bila seseorang akan menjumpai saudaranya hendaklah ia merapikan dirinya. Karena sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan," jawab Rasulullah saw."

Setiap orang perlu memelihara kerapian dirinya, janganlah membiarkan diri dalam penampilan kusut dan kumal dengan dalih ingin zuhud. Rasulullah saw. sendiri menganjurkan untuk berpenampilan rapi, padahal beliau adalah orang yang paling tawadhu dan zuhud.

Maka, selama memperapi diri itu tidak berlebihan, Allah swt. menganjurkan, "Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkannya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rizki yang baik-baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) untuk orang-orang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui." (Q.S. Al A’raf 7: 31-32).

Namun wanita muslimah tidak boleh tabaruj. Allah swt. telah melarang tabaruj melalui Q.S. An-Nur 24 : 60 dan Q.S. Al Ahzab 33 : 59. Menurut Ibnu Katsir, tabaruj berarti wanita yang keluar rumah dan berjalan/memamerkan diri di hadapan laki-laki (tabaruj jahiliah). Menurut Bukhari, tabaruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain, dan menurut Muqatil tabaruj adalah wanita yang melepaskan jilbabnya, memperlihatkan kalung dan gelangnya.

Juga wanita muslimah yang benar selalu sadar dan ingat pada konsep sikap tawazun (pertengahan/keseimbangan) dalam segala hal, jangan sampai berdandan/merapikan diri berlebih-lebihan atau mengukur penampilan diri berdasarkan kekayaan materi. "Celakalah hamba dinar dan dirham dan hamba sutera dan beludru. Jika ia diberi nikmat, ia senang dan bila tidak diberi ia benci." (H.R. Bukhari).

Yang terakhir, agar penampilan ikhwan/akhwat dapat cantik dan tampan perlu dilengkapi dengan terpeliharanya unsur akal pikiran dengan ilmu. Memang, tidak semua orang punya kecerdasan dan kesempatan yang sama. Tetapi, ikhwan/akhwat harus selalu mencari dan meminta tambahan ilmu kepada Allah swt., sebagaimana diterangkan dalam firman Allah swt., "…Dan Katakanlah, "Ya Rabbi, tambahkanlah kepadaku ilmu." (Q.S. Thaha 20: 114). Dalam sebuah hadits, Aisyah r.a berkomentar: "Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshar. Mereka tidak malu-malu untuk bertanya dalam rangka tafaquh fiddin (mendalami masalah agama)." (H.R. Bukhari Muslim).

Oleh karena itu, yang perlu tetap diusahakan adalah memiliki kepedulian untuk selalu berusaha menambah/memahami/mengamalkan ilmu Islam sedikit demi sedikit, adanya proses mencari ilmu sampai akhir hayat, sebab hal tersebut akan menjadi landasan berfikir dan beramal seseorang. Begitu pula ilmu lainnya, kita pelajari sebagai sarana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah swt. Sehingga insya Allah, dengan terpadunya unsur hati, jasad/fisik, dan ilmu pada diri ikhwan dan akhwat, ketampanan dan kecantikan kita dapat membawa keselamatan dunia dan akhirat. Wallahu A’lam Bishshawab.

Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di kuburku, cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada tulang-tulangku. Wahai Tuhanku, besarkanlah bagiku cahaya dan berikanlah bagiku cahaya dan jadikanlah padaku cahaya dan tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya.


Aamiin.




Monday, 12 November 2012

KISAH COUPLE....

assalamualaikum...hai para pembaca blog saya...hari ini saya nak kongsikan tentang sesuatu yang menarik untuk di baca....lepas baca kisah kat bawah ni,saya pun nnti nak guna cara macam ni bila ada seseorang ingin mengenali saya..barulah saya tahu orang tu ikhlas ke tidak nak mengenali diri saya lebih mendalam dan cuba mencapai satu matlamat yang diredhai Allah swt..hehhehhe..apalah saya ni pandai-pandai je nilai semua lelaki dalam dunia ni tak ikhlas padahal..bercinta pun tak pernah apatah lagi couple tapi saya pernah jatuh cinta  pada seorang lelaki masa saya tingkatan 3 dulu..itulah kali pertama saya suka pada seorang lelaki tapi saya suka dalam diam..saya tak pernah beritahu dia saya suka kat dia sebab tak berani...habis tingkatan 5..kat situ jelah tamatnya kisah yang boleh dikategorikan first love...tak kisahlah walaupun ada orang cakap tu sekadar cinta monyet..saya tetap juga menganggap yang ianya sebagai cinta pertama saya dan sampai sekarang saya masih ingat nama penuh dia..oklah sampai sini je saya kongsikan cerita remaja saya..tak naklah touching2..huhuhu..sekarang pun still remaja juga tapi dah nak menuju ke alam dewasa sebab tahun depan 2013.. insyaAllah kalau panjang umur 7 september genap umur saya 21 tahun..SELAMAT MEMBACA..^_^

✿~✿ Kisah COUPLE ✿~✿

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?


LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

saya ambil dari facebook page "bercouple itu haram":)

Saturday, 10 November 2012

PeRsOaLan dari LeLakI buKaN IsLam TeNtaNG WANItA ISLAM...

 

assalamualaikum,saya ingin kongsikan lagi tentang perkara yang menarik untuk dibaca...emm nak kongsikan dan ceritakan tentang kehidupan saya, belum ada apa-apa yang menarik buat setakat ni..oklah ini je yang dapat saya kongsikan dulu.. saya kena tidur awal sebab esok hari ahad ada kelas sampai petang jadi tak dapatlah saya nak menghadap blog ni lama-lama....SELAMAT MEMBACA..^_^

Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...”

Friday, 9 November 2012

HATI sEoRAnG YaNg BeRNaMA WANITA.....

assalamualaikum kepada para pembaca blog saya....hari ni saya nak kongsikan lagi sebuah artikel yang agak indah untuk dibaca oleh para pembaca terutama sekali para pembaca wanita...:)

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.

Hati yang diselaputi dengan kesabaran.

Hati yang tahan untuk disakiti.

Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki

yang dipanggil suami

Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa

Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan

suami walau disakiti

Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan

kesetiaan yang tidak

berbelah bagi kepada seorang suami.

Muslimah sekalian,

Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.

Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa

betapa tabah dan kuatnya hati ini.

Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan

dan kekuatan yang ada pada kita.

Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya

dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,

Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah

jatuh pada satu ujian yang diberiNya.

Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati

wanita ini sangat peka.

Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.

Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.

Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.

Jangan pernah dikesalkan.

kerana

Hari ini mengajar kita tentang hari esok.

Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih

mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.

Insyaallah.

Wallahualam,
saya kongsikan juga doa bertemu jodoh khas buat wanita....semoga kita dipertemukan dengan pasangan yang soleh..insyaAllah....

saya juga ambil artikel ni dari facebook..page jemput aku menjadi bidadarimu......

SELAMAT MEMBACA..^_^

Thursday, 8 November 2012

SEMUANYA DARI ALLAH...:)


♥ JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH..

♥ Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..

♥ Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,

♥ InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..

♥ Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..

♥ Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..

♥ Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

♥ Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,

♥ Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..

♥ Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
sesungguhnya Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.....:)

Monday, 5 November 2012

CINtA...IkhLAS...BoLEH PErCAYa KE????

assalamualaikum..buat semua pembaca blog saya..hari ni saya nak kongsi satu pengalaman yang pernah saya lalui..setahun yang lalu....harap dapat menjadi pedoman buat para wanita di luar sana..jangan terpedaya dengan lelaki-lelaki yang dikenali dari alam maya atau nama saintifiknya adalah internet...tak kisahlah...sama ada melalui facebook,ym,tagged dan sebagainya..betullah kata orang mulut lelaki ni lebih manis dari madu...saya pun hampir percaya pada kata-kata salah seorang lelaki yang dikenali dari laman sosial tagged..saya rasa semua wanita tahu perangai-perangai para lelaki di laman sosial tersebut....saya juga pernah menjadi salah seorang pengguna tagged tapi sekarang saya dah buang dan tak aktif lagi di laman tagged...niat saya di situ sebenarnya ingin berkongsi ayat-ayat yang indah..tak kira samaada ayat tersebut dari al-quran,hadis dan citer-citer yang boleh dijadikan teladan buat para pembaca di laman tersebut...macam biasa saya juga turut kongsikan beberapa keping gambar saya serta keluarga dan setiap gambar saya dipenuhi komen-komen dari para lelaki yang sentiasa akan memuji kecantikan luaran dan kesempurnaan seseorang wanita...tanpa menilai kecantikan dalaman seseorang wanita dahulu....memang saya akui saya sebagai seorang wanita juga suka terhadap lelaki-lelaki yang kacak dan tampan apatah lagi bila tgk hero-hero korea hehehe...tapi itu hanyalah dari segi luaran lelaki tersebut...jika seorang lelaki itu hanya sempurna dari segi luaran tapi dari segi akhlaknya, budi bahasanya, tidak baik tak ada perempuan yang akan suka padanya...bagi saya seorang lelaki yang kacak ialah lelaki yang kuat pegangan agamanya,cinta kepada Allah dan Rasul serta ibunya,baik budi pekertinya,akhlaknya, murah dengan senyuman....penyayang, baik hati...boleh melindungi saya menyayangi dan mencintai saya ikhlas kerana Allah swt...kalau macam ni walaupun lelaki tersebut kurang dari segi paras rupa takpelah...cukuplah dia mencintai Allah dan RasulNya itu dah membuatkan dia kacak di mata saya..sebab kalau nak harap yang perfect memang tak dapat sebab dalam dunia ni takde yang sempurna melainkan Allah swt bak kata ustaz Azhar Idrus "tak handsome/cantik takpe boleh tutup lampu"...hehhehhe...berbalik pada citer saya tadi saya pernah berkawan dengan lelaki dari laman sosial tagged...kebiasaannya saya tak layan lelaki-lelaki yang minta no hp saya kat situ atau tak pernah bagi langsung just kenal2 kat situ je...tapi adalah seorang mamat ni dia pandai usha saya dengan ayat-ayat agama  dan kata-kata yang indah...pastu saya pun tgklah profile dia dan tengok kat wall dia pun byk perkara-perkara yang berkaitan dengan agama...ok saya pun tegerak hati nak bagi no hp saya kat dia...biasalah..mula-mula mesej pastu call..macam perkara yang kami bualkan tapi semuanya perkara-perkara yang baiklah bukannya perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu(itu kalau da halal bolehlah)..pastu dia minta no hp mak saya...saya tanya kenapa...dia cakap tak salah kalau dia nak berkenalan dengan mak saya sebab dia cakap kat saya yang dia ikhlas berkawan dengan saya ..ok saya bagi dan dia pun bermesejlah dgn mak saya...bajet nak jadi menantulah...pastu dia cakap dia sayangkan saya dan da buat sembahyang istikarah dan nampak wajah sayalah (isyyhhh sakit lak hati saya bila teringat kata-kata dia)..tapi saya masih belum terima dia untuk hubungan yang lebih serius dan saya cakap dengan dia biar kita berkawan dulu je...tapi saban hari dia hantar mesej merayu2 dan mesej jiwang2 supaya saya dapat terima dia sebagai kekasih...pastu cakap dia sayang sayalah....macam-macamlah...
  pada suatu hari,,saya terfikiran satu idea untuk menguji keikhlasan dia...masa kami sedang berbual di  hp saya pun rekalah cerita yang saya ni sebenarnya mempunyai masalah pada bahagian kaki dan ada kad kebajikan oku...terus je semua kata-kata saya sayang awak,saya ikhlas dengan awak hilang macam tu je...tiba-tiba je cakap pasal  kalau kita ada jodoh kita akan bersama..ekehhh dalam hati saya terdetik bukan ke selama ni awak yang tergila-gilakan saya,nakkan saya dan bila saya cakap saya ada kekurangan kau terus reject mentah2......dia pulak yang membuatkan saya seperti tergila-gilakan dia.....anda semua boleh nilaikan lelaki yang macam manakah dia ni...nampak baik..mengalahkan ustad bila bermesej dgn saya atau bagi nasihat bila dia tahu je perempuan tu ada kekurangan sikit terus dia reject bukannya nak nilai hati perempuan tu dulu ke....dah sah2lah dia ni seorang lelaki yang pentingkan kecantikan luaran wanita semata-mata bukannya menilai wanita melalui hati.....perkenalan saya dan dia setakat itu saje melalui hp..mungkin dia baik tapi dia tak cukup baik untuk saya atau saya yang tak cukup baik untuk dia...waallahualam...... Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
 

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Secara jujurnya memang saya akui yang saya agak kecewa, sedih dan terkilan dengan perangainya....tetapi saya masih bersyukur sebab saya  ketika itu memang tiada perasaan langsung pada dia walaupun dia psikologi saya dengan ayat-ayat agama dan kata-kata indah...saya tetap dengan hati yang kosong terima semua itu...sebab saya tahu Allah swt telah menciptakan seseorang untuk saya dan dia akan mengisi kekosongan hati saya suatu hari nanti...dia adalah suami saya yang halal buat saya.....semoga cinta kami sentiasa diredhai oleh Allah swt.......:):)