assalamualaikum..buat semua pembaca blog saya..hari ni saya nak kongsi satu pengalaman yang pernah saya lalui..setahun yang lalu....harap dapat menjadi pedoman buat para wanita di luar sana..jangan terpedaya dengan lelaki-lelaki yang dikenali dari alam maya atau nama saintifiknya adalah internet...tak kisahlah...sama ada melalui facebook,ym,tagged dan sebagainya..betullah kata orang mulut lelaki ni lebih manis dari madu...saya pun hampir percaya pada kata-kata salah seorang lelaki yang dikenali dari laman sosial tagged..saya rasa semua wanita tahu perangai-perangai para lelaki di laman sosial tersebut....saya juga pernah menjadi salah seorang pengguna tagged tapi sekarang saya dah buang dan tak aktif lagi di laman tagged...niat saya di situ sebenarnya ingin berkongsi ayat-ayat yang indah..tak kira samaada ayat tersebut dari al-quran,hadis dan citer-citer yang boleh dijadikan teladan buat para pembaca di laman tersebut...macam biasa saya juga turut kongsikan beberapa keping gambar saya serta keluarga dan setiap gambar saya dipenuhi komen-komen dari para lelaki yang sentiasa akan memuji kecantikan luaran dan kesempurnaan seseorang wanita...tanpa menilai kecantikan dalaman seseorang wanita dahulu....memang saya akui saya sebagai seorang wanita juga suka terhadap lelaki-lelaki yang kacak dan tampan apatah lagi bila tgk hero-hero korea hehehe...tapi itu hanyalah dari segi luaran lelaki tersebut...jika seorang lelaki itu hanya sempurna dari segi luaran tapi dari segi akhlaknya, budi bahasanya, tidak baik tak ada perempuan yang akan suka padanya...bagi saya seorang lelaki yang kacak ialah lelaki yang kuat pegangan agamanya,cinta kepada Allah dan Rasul serta ibunya,baik budi pekertinya,akhlaknya, murah dengan senyuman....penyayang, baik hati...boleh melindungi saya menyayangi dan mencintai saya ikhlas kerana Allah swt...kalau macam ni walaupun lelaki tersebut kurang dari segi paras rupa takpelah...cukuplah dia mencintai Allah dan RasulNya itu dah membuatkan dia kacak di mata saya..sebab kalau nak harap yang perfect memang tak dapat sebab dalam dunia ni takde yang sempurna melainkan Allah swt bak kata ustaz Azhar Idrus "tak handsome/cantik takpe boleh tutup lampu"...hehhehhe...berbalik pada citer saya tadi saya pernah berkawan dengan lelaki dari laman sosial tagged...kebiasaannya saya tak layan lelaki-lelaki yang minta no hp saya kat situ atau tak pernah bagi langsung just kenal2 kat situ je...tapi adalah seorang mamat ni dia pandai usha saya dengan ayat-ayat agama dan kata-kata yang indah...pastu saya pun tgklah profile dia dan tengok kat wall dia pun byk perkara-perkara yang berkaitan dengan agama...ok saya pun tegerak hati nak bagi no hp saya kat dia...biasalah..mula-mula mesej pastu call..macam perkara yang kami bualkan tapi semuanya perkara-perkara yang baiklah bukannya perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu(itu kalau da halal bolehlah)..pastu dia minta no hp mak saya...saya tanya kenapa...dia cakap tak salah kalau dia nak berkenalan dengan mak saya sebab dia cakap kat saya yang dia ikhlas berkawan dengan saya ..ok saya bagi dan dia pun bermesejlah dgn mak saya...bajet nak jadi menantulah...pastu dia cakap dia sayangkan saya dan da buat sembahyang istikarah dan nampak wajah sayalah (isyyhhh sakit lak hati saya bila teringat kata-kata dia)..tapi saya masih belum terima dia untuk hubungan yang lebih serius dan saya cakap dengan dia biar kita berkawan dulu je...tapi saban hari dia hantar mesej merayu2 dan mesej jiwang2 supaya saya dapat terima dia sebagai kekasih...pastu cakap dia sayang sayalah....macam-macamlah...
pada suatu hari,,saya terfikiran satu idea untuk menguji keikhlasan dia...masa kami sedang berbual di hp saya pun rekalah cerita yang saya ni sebenarnya mempunyai masalah pada bahagian kaki dan ada kad kebajikan oku...terus je semua kata-kata saya sayang awak,saya ikhlas dengan awak hilang macam tu je...tiba-tiba je cakap pasal kalau kita ada jodoh kita akan bersama..ekehhh dalam hati saya terdetik bukan ke selama ni awak yang tergila-gilakan saya,nakkan saya dan bila saya cakap saya ada kekurangan kau terus reject mentah2......dia pulak yang membuatkan saya seperti tergila-gilakan dia.....anda semua boleh nilaikan lelaki yang macam manakah dia ni...nampak baik..mengalahkan ustad bila bermesej dgn saya atau bagi nasihat bila dia tahu je perempuan tu ada kekurangan sikit terus dia reject bukannya nak nilai hati perempuan tu dulu ke....dah sah2lah dia ni seorang lelaki yang pentingkan kecantikan luaran wanita semata-mata bukannya menilai wanita melalui hati.....perkenalan saya dan dia setakat itu saje melalui hp..mungkin dia baik tapi dia tak cukup baik untuk saya atau saya yang tak cukup baik untuk dia...waallahualam...... Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan
jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan
jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik
untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik)
terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki
yang mulia."
Secara jujurnya memang saya akui yang saya agak kecewa, sedih dan terkilan dengan perangainya....tetapi saya masih bersyukur sebab saya ketika itu memang tiada perasaan langsung pada dia walaupun dia psikologi saya dengan ayat-ayat agama dan kata-kata indah...saya tetap dengan hati yang kosong terima semua itu...sebab saya tahu Allah swt telah menciptakan seseorang untuk saya dan dia akan mengisi kekosongan hati saya suatu hari nanti...dia adalah suami saya yang halal buat saya.....semoga cinta kami sentiasa diredhai oleh Allah swt.......:):)
No comments:
Post a Comment