Monday, 25 March 2013
SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!
assalamualaikum..saya nak kongsikan artikel yang perlu dibaca....SEMOGA BERMANFAAT..^_^
Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.
Thursday, 14 March 2013
DRAMA KOREA THAT WINTER,THE WIND BLOWS
Assalamualaikum, hai para pembaca blog..hari ini saya nak kongsikan cerita tentang drama korea yang paling baru yang saya sedang tonton..drama ni baru je mula 13 mac 2013 di astro one tv asia saluran 393...waktu siarannya pula setiap hari rabu dan khamis..pukul 8.55 pm. cerita ni saya baru jer tonton sampai episod 2..saya tak sabar nak tengok episod seterusnya sampai tertanya2 sama ada cerita ni dah dipasarkan ke belum kat pasaran..nak beli untuk koleksi drama korea saya yang seterusnya..hehehhe..:)
hanya orang yang minat cerita korea jer faham apa perasaan saya..lagipun saya memang jenis suka tonton cerita yang sama berulang2...selagi saya tak boringlah saya akan tonton cerita tu berulang2 kali..balik pada cerita drama korea yang bertajuk That Winter, The Wind Blow tadi..ianya mengisahkan tentang 2 orang manusia lelaki dan perempuan..yang mempunyai pengalaman masa lalu yang melukakan hati sebab yang si lelaki ni ditinggal oleh ibunya di bawah sebatang pokok sewaktu masih bayi..yang si wanita pula selepas ibu bapanya bercerai dia ditinggalkan oleh ibunya dan tinggal bersama ayahnya yang merupakan pengerusi sebuah syarikat dan sangat kaya..ibunya pula hanya membawa abangnya bersama..sewaktu umur dia 6 tahun...lepas 21 tahun terpisah kemudian si perempuan ni nak mencari abangnya semula kerana ayah sedang sakit dan koma...dan si perempuan telah mengalami cacat penglihatan..dia pun cari abangnya mengikut alamat yang ditulis pada surat oleh abangnya dan mengirimkan kepadanya..dipendekkan cerita dia telah berjumpa dengan seseorang iaitu si lelaki yang merupakan kawan abangnya dan juga kebetulan mempunyai nama yang sama dengan abangnya dan si perempuan meminta si lelaki tu membacakan surat yang ditulis oleh abangnya untuk dirinya...kemudian pada hari itu si perempuan telah menerima dugaan yang berat...si lelaki ni pula terperangkap dengan fitnah teman wanitanya lalu dipenjarakan selama setahun..setelah bebas dia diugut oleh seorang ketua samseng untuk dapatkan wang berjumlah 7.8 juta won dalam masa 93 hari kalau dia mahu terus hidup...apa yang terjadi kemudian ialah seorang penguam telah hadir dan mencari abang kandung kepada anak perempuan dan juga waris yang ditinggalkan oleh mendiang bapa mereka iaitu si perempuan tersebut..jadi dalam keadaan yang agak terdesak dan mempunyai nama yang sama dengan abang kandung si perempuan tu..dia pun mengakui dan telah menyamar menjadi abang kandung si perempuan yang buta tu..ermm setakat ni jerlah yang saya faham tentang cerita ni dan apa yang boleh saya simpulkan..cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin melindungi seorang wanita yang kurang upaya dan secara tak langsung mengambil peranan kawannya dengan menjadi seorang abang kepada adiknya...walaupun saya baru tengok sampai episod 2..cerita memang menarik dan best..sebab jalan ceritanya telah mengusik jiwa saya..(ceeehhhh...hehehhe) dan saya rasa kalau anda tonton cerita ni jangan lupa letak kotak tisu kat tepi...Dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Zo/Jo InSung..oklah sampai di sini saja hari ini..kalau ada cerita best atau menarik saya akan kongsikan lagi..insyaAllah...
SELAMAT MEMBACA DAN MENONTON..^_^
hanya orang yang minat cerita korea jer faham apa perasaan saya..lagipun saya memang jenis suka tonton cerita yang sama berulang2...selagi saya tak boringlah saya akan tonton cerita tu berulang2 kali..balik pada cerita drama korea yang bertajuk That Winter, The Wind Blow tadi..ianya mengisahkan tentang 2 orang manusia lelaki dan perempuan..yang mempunyai pengalaman masa lalu yang melukakan hati sebab yang si lelaki ni ditinggal oleh ibunya di bawah sebatang pokok sewaktu masih bayi..yang si wanita pula selepas ibu bapanya bercerai dia ditinggalkan oleh ibunya dan tinggal bersama ayahnya yang merupakan pengerusi sebuah syarikat dan sangat kaya..ibunya pula hanya membawa abangnya bersama..sewaktu umur dia 6 tahun...lepas 21 tahun terpisah kemudian si perempuan ni nak mencari abangnya semula kerana ayah sedang sakit dan koma...dan si perempuan telah mengalami cacat penglihatan..dia pun cari abangnya mengikut alamat yang ditulis pada surat oleh abangnya dan mengirimkan kepadanya..dipendekkan cerita dia telah berjumpa dengan seseorang iaitu si lelaki yang merupakan kawan abangnya dan juga kebetulan mempunyai nama yang sama dengan abangnya dan si perempuan meminta si lelaki tu membacakan surat yang ditulis oleh abangnya untuk dirinya...kemudian pada hari itu si perempuan telah menerima dugaan yang berat...si lelaki ni pula terperangkap dengan fitnah teman wanitanya lalu dipenjarakan selama setahun..setelah bebas dia diugut oleh seorang ketua samseng untuk dapatkan wang berjumlah 7.8 juta won dalam masa 93 hari kalau dia mahu terus hidup...apa yang terjadi kemudian ialah seorang penguam telah hadir dan mencari abang kandung kepada anak perempuan dan juga waris yang ditinggalkan oleh mendiang bapa mereka iaitu si perempuan tersebut..jadi dalam keadaan yang agak terdesak dan mempunyai nama yang sama dengan abang kandung si perempuan tu..dia pun mengakui dan telah menyamar menjadi abang kandung si perempuan yang buta tu..ermm setakat ni jerlah yang saya faham tentang cerita ni dan apa yang boleh saya simpulkan..cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin melindungi seorang wanita yang kurang upaya dan secara tak langsung mengambil peranan kawannya dengan menjadi seorang abang kepada adiknya...walaupun saya baru tengok sampai episod 2..cerita memang menarik dan best..sebab jalan ceritanya telah mengusik jiwa saya..(ceeehhhh...hehehhe) dan saya rasa kalau anda tonton cerita ni jangan lupa letak kotak tisu kat tepi...Dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Zo/Jo InSung..oklah sampai di sini saja hari ini..kalau ada cerita best atau menarik saya akan kongsikan lagi..insyaAllah...
SELAMAT MEMBACA DAN MENONTON..^_^
Monday, 11 March 2013
PESANAN ROH PADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Renungkanlah.....
Friday, 8 March 2013
Drama korea Sassy Girl Chun hYang..
assalamualaikum..hai semua hari ini saya nak kongsikan cerita tentang drama korea yang baru saya habis tonton iaitu sassy girl chun hyang..saya tahu drama ni dah lama dan selalu juga ditayangkan di tv..tapi masa tu saya belum berminat untuk tengok drama korea...senang cerita tak berapa pandanglah kalau cerita-cerita korea ni..hanya cerita winter sonata jer yang saya tahu..tapi sekarang semenjak dah menjadi pengikut drama-drama korea ni dan selalu juga search pasal drama-drama korea..saya dapati bahawa drama korea sassy girl chun hyang amat best dan kelakar..kisahnya bermula ada seorang gadis kampung yang tinggal di Namwon(tak tau betul or tak ejaannya)..gadis yang berbakat dan pandai dan lelakinya pula seorang anak ketua balai yang agak nakal dan sering melakukan masalah ketika tinggal Seoul..jadi ayahnya telah diarahkan untuk bertugas di tempat lain iaitu Namwon..jadi si lelaki ni pun ditukarkan sekolah di Namwon merupakan satu sekolah dengan gadis yang bernama chunhyang..si lelaki ni tak suka tinggal di Namwon sebab baginya tempat itu adalah kekampungan..pertemuannya kali pertama dengan gadis itu pun semasa dia berjalan-jalan mengambil angin di sekitar kawasan Namwon...suatu hari...ketika gadis ni sedang demam, si lelaki dan kawannya datang melawat di rumah gadis tu..sementara tunggu kawannya main permainan..dia dahaga kemudian pergi ke dapur gadis tu untuk minum air.setelah membuka peti sejuk dia mengambil salah satu botol air yang berada di dalam peti sejuk tersebut tanpa mengetahui yang itu sebenarnya arak dan dia pun minumlah sampai habis satu botol kemudian mabuk...dari perkara itu segala cerita tentang lelaki dan gadis tu bermula..apabila berlakunya salah faham dan bagi mengelakkan salah faham itu berterusan dan keluarga dipandang serong mereka berdua terpaksa berkahwin walaupun waktu itu mereka masih belajar di sekolah menengah...untuk mengagalkan rancangan kedua-dua ibu bapa mereka yang inginkan mereka berkahwin...pelbagai perkara yang mereka lakukan...apa-apa pun cerita ni memang kelakar dan tak membosankan..lakonan Jae hee dan Han chae young..setakat ni jelah yang saya kongsikan dulu..^_^
SELAMAT MEMBACA DAN MENONTON..^_^
SELAMAT MEMBACA DAN MENONTON..^_^
antara lagu ostnya yang best..:)
Thursday, 28 February 2013
10 golongan manusia yang diusir dari padang masyar..
assalamualaikum..hai semua..rindu saya tak?heheheh (perasan)...dah lama jugakan saya tak kongsikan cerita2 yang menarik untuk dikongsi dan bahan2 yang menarik untuk dibaca kat blog...ermm hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang perlu kita mengingatinya dan mengetahuinya.ianya juga satu peringatan buat kita semua sebagai umat islam..semoga apa yang kita lakukan di dalam bumi ini sentiasa mendapat keredhaan Allah swt insyaAllah..peringatan untuk anda dan diri saya juga..
SELAMAT MEMBACA..^_^
SELAMAT MEMBACA..^_^
Saturday, 16 February 2013
KENAPA PEREMPUAN LEPAS BERKAHWIN BERISI.
Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas
kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina
Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW
mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa
ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk
berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah
RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)
Nampak 'hikmahnya'.
1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan
anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA
tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).
2.
Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi
disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat
keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.
3.
Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan
melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri
dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang
cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah
isteri.
----
Tak mengapa kalau tidak layak untuk menjadi seorang model. Berusahalah untuk menjadi seorang role-model.
>>> TENTANGMU CALON JODOHKU
Jika cintaku padamu adalah cinta buta,
Tinggalkan aku dengan nada kecewa yang tak berdaya kau ucapkan.
Jika cintaku padamu menyebabkan aku lebih jauh dari Allah,
Maka hinakan aku dengan hinaan yang paling hina yang tak berdaya kau lontarkan.
Jika cintaku padamu tidak bisa membawamu ke arah yang lebih baik,maka tutuplah hatimu serapat mungkin untukku.
Namun,
Jika cintaku kerana pengabdianku pada ALLAH.
Jika cintaku kerana ingin membawamu lebih mendekati ALLAH..
Jika cintaku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai ' bidadari 'ku di Syurga kelak..
Jangan kau palingkan wajahmu,
Jangan kau tutup hatimu,
Jangan kau tinggalkan diriku,
Kerana walaupun cintaku belum sempurna, namun hasrat menyempurnakan cinta bersamamu senantiasa ada..
Bukan mudah meraih cinta yg berbuah pahala..
Biar munajat cinta ini terus bersemadi di hati..
Teringat kata,
"Malu kita hanya kepada ALLAH" jika berbuat sesuatu yg bikin ALLAH murka itu patut lebih dimalukan..
Kata yg ku genggam untuk jadi azimat & penguat semangat dalam menjalani arus kehidupan,,
" Jika aku d sini menanti,,ku harap kau d sana menjaga, bila aku d sini berdoa ku harap kau d sana setia.."
Aku tak berharap d pertemukan denganmu..
tapi aku meminta d persatukan dlm cinta_NYA..
Aku tak berharap kesempurnaanmu..
kerana ku ingin melengkapimu dengan kekuranganku..
Yang aku impikan hanya kesempurnaan cinta_NYA...
Kerana hanya begitulah tak akan ada rasa kecewa di akhirnya.."
Subscribe to:
Posts (Atom)







