KENAPA PEREMPUAN LEPAS BERKAHWIN BERISI.
Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas
kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina
Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW
mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa
ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk
berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah
RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)
Nampak 'hikmahnya'.
1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan
anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA
tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).
2.
Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi
disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat
keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.
3.
Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan
melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri
dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang
cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah
isteri.
----
Tak mengapa kalau tidak layak untuk menjadi seorang model. Berusahalah untuk menjadi seorang role-model.
No comments:
Post a Comment