Thursday, 14 March 2013

DRAMA KOREA THAT WINTER,THE WIND BLOWS

Assalamualaikum, hai para pembaca blog..hari ini saya nak kongsikan cerita tentang drama korea yang paling baru yang saya sedang tonton..drama ni baru je mula 13 mac 2013 di astro one tv asia saluran 393...waktu siarannya pula setiap hari rabu dan khamis..pukul 8.55 pm. cerita ni saya baru jer tonton sampai episod 2..saya tak sabar nak tengok episod seterusnya sampai tertanya2 sama ada cerita ni dah dipasarkan ke belum kat pasaran..nak beli untuk koleksi drama korea saya yang seterusnya..hehehhe..:)
hanya orang yang minat cerita korea jer faham apa perasaan saya..lagipun saya memang jenis suka tonton cerita yang sama berulang2...selagi saya tak boringlah saya akan tonton cerita tu berulang2 kali..balik pada cerita drama korea yang bertajuk That Winter, The Wind Blow tadi..ianya mengisahkan tentang 2 orang manusia lelaki dan perempuan..yang mempunyai pengalaman masa lalu yang melukakan hati sebab yang si lelaki ni ditinggal oleh ibunya di bawah sebatang pokok sewaktu masih bayi..yang si wanita pula selepas ibu bapanya bercerai dia ditinggalkan oleh ibunya dan tinggal bersama ayahnya yang merupakan pengerusi sebuah syarikat dan sangat kaya..ibunya pula hanya membawa abangnya bersama..sewaktu umur dia 6 tahun...lepas 21 tahun terpisah kemudian si perempuan ni nak mencari abangnya semula kerana ayah sedang sakit dan koma...dan si perempuan telah mengalami cacat penglihatan..dia pun cari abangnya mengikut alamat yang ditulis pada surat oleh abangnya dan mengirimkan kepadanya..dipendekkan cerita dia telah berjumpa dengan seseorang iaitu si lelaki yang merupakan kawan abangnya dan juga kebetulan mempunyai nama yang sama dengan abangnya dan si perempuan meminta si lelaki tu membacakan surat yang ditulis oleh abangnya untuk dirinya...kemudian pada hari itu si perempuan telah menerima dugaan yang berat...si lelaki ni pula terperangkap dengan fitnah teman wanitanya lalu dipenjarakan selama setahun..setelah bebas dia diugut oleh seorang ketua samseng untuk dapatkan wang berjumlah 7.8 juta won dalam masa 93 hari kalau dia mahu terus hidup...apa yang terjadi kemudian ialah seorang penguam telah  hadir dan mencari abang kandung kepada anak perempuan dan juga waris yang ditinggalkan oleh mendiang bapa mereka iaitu si perempuan tersebut..jadi dalam keadaan yang agak terdesak dan mempunyai nama yang sama dengan abang kandung  si perempuan tu..dia pun mengakui dan telah menyamar menjadi abang kandung si perempuan yang buta tu..ermm setakat ni jerlah yang saya faham tentang cerita ni dan apa yang boleh saya simpulkan..cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin melindungi seorang wanita yang kurang upaya dan secara tak langsung mengambil peranan kawannya dengan menjadi seorang abang kepada adiknya...walaupun saya baru tengok sampai episod 2..cerita memang menarik dan best..sebab jalan ceritanya telah mengusik jiwa saya..(ceeehhhh...hehehhe) dan saya rasa kalau anda tonton cerita ni jangan lupa letak kotak tisu  kat tepi...Dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Zo/Jo InSung..oklah sampai di sini saja hari ini..kalau ada cerita best atau menarik saya akan kongsikan lagi..insyaAllah...
SELAMAT MEMBACA DAN MENONTON..^_^



No comments:

Post a Comment