Thursday, 8 November 2012
Monday, 5 November 2012
CINtA...IkhLAS...BoLEH PErCAYa KE????
assalamualaikum..buat semua pembaca blog saya..hari ni saya nak kongsi satu pengalaman yang pernah saya lalui..setahun yang lalu....harap dapat menjadi pedoman buat para wanita di luar sana..jangan terpedaya dengan lelaki-lelaki yang dikenali dari alam maya atau nama saintifiknya adalah internet...tak kisahlah...sama ada melalui facebook,ym,tagged dan sebagainya..betullah kata orang mulut lelaki ni lebih manis dari madu...saya pun hampir percaya pada kata-kata salah seorang lelaki yang dikenali dari laman sosial tagged..saya rasa semua wanita tahu perangai-perangai para lelaki di laman sosial tersebut....saya juga pernah menjadi salah seorang pengguna tagged tapi sekarang saya dah buang dan tak aktif lagi di laman tagged...niat saya di situ sebenarnya ingin berkongsi ayat-ayat yang indah..tak kira samaada ayat tersebut dari al-quran,hadis dan citer-citer yang boleh dijadikan teladan buat para pembaca di laman tersebut...macam biasa saya juga turut kongsikan beberapa keping gambar saya serta keluarga dan setiap gambar saya dipenuhi komen-komen dari para lelaki yang sentiasa akan memuji kecantikan luaran dan kesempurnaan seseorang wanita...tanpa menilai kecantikan dalaman seseorang wanita dahulu....memang saya akui saya sebagai seorang wanita juga suka terhadap lelaki-lelaki yang kacak dan tampan apatah lagi bila tgk hero-hero korea hehehe...tapi itu hanyalah dari segi luaran lelaki tersebut...jika seorang lelaki itu hanya sempurna dari segi luaran tapi dari segi akhlaknya, budi bahasanya, tidak baik tak ada perempuan yang akan suka padanya...bagi saya seorang lelaki yang kacak ialah lelaki yang kuat pegangan agamanya,cinta kepada Allah dan Rasul serta ibunya,baik budi pekertinya,akhlaknya, murah dengan senyuman....penyayang, baik hati...boleh melindungi saya menyayangi dan mencintai saya ikhlas kerana Allah swt...kalau macam ni walaupun lelaki tersebut kurang dari segi paras rupa takpelah...cukuplah dia mencintai Allah dan RasulNya itu dah membuatkan dia kacak di mata saya..sebab kalau nak harap yang perfect memang tak dapat sebab dalam dunia ni takde yang sempurna melainkan Allah swt bak kata ustaz Azhar Idrus "tak handsome/cantik takpe boleh tutup lampu"...hehhehhe...berbalik pada citer saya tadi saya pernah berkawan dengan lelaki dari laman sosial tagged...kebiasaannya saya tak layan lelaki-lelaki yang minta no hp saya kat situ atau tak pernah bagi langsung just kenal2 kat situ je...tapi adalah seorang mamat ni dia pandai usha saya dengan ayat-ayat agama dan kata-kata yang indah...pastu saya pun tgklah profile dia dan tengok kat wall dia pun byk perkara-perkara yang berkaitan dengan agama...ok saya pun tegerak hati nak bagi no hp saya kat dia...biasalah..mula-mula mesej pastu call..macam perkara yang kami bualkan tapi semuanya perkara-perkara yang baiklah bukannya perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu(itu kalau da halal bolehlah)..pastu dia minta no hp mak saya...saya tanya kenapa...dia cakap tak salah kalau dia nak berkenalan dengan mak saya sebab dia cakap kat saya yang dia ikhlas berkawan dengan saya ..ok saya bagi dan dia pun bermesejlah dgn mak saya...bajet nak jadi menantulah...pastu dia cakap dia sayangkan saya dan da buat sembahyang istikarah dan nampak wajah sayalah (isyyhhh sakit lak hati saya bila teringat kata-kata dia)..tapi saya masih belum terima dia untuk hubungan yang lebih serius dan saya cakap dengan dia biar kita berkawan dulu je...tapi saban hari dia hantar mesej merayu2 dan mesej jiwang2 supaya saya dapat terima dia sebagai kekasih...pastu cakap dia sayang sayalah....macam-macamlah...
pada suatu hari,,saya terfikiran satu idea untuk menguji keikhlasan dia...masa kami sedang berbual di hp saya pun rekalah cerita yang saya ni sebenarnya mempunyai masalah pada bahagian kaki dan ada kad kebajikan oku...terus je semua kata-kata saya sayang awak,saya ikhlas dengan awak hilang macam tu je...tiba-tiba je cakap pasal kalau kita ada jodoh kita akan bersama..ekehhh dalam hati saya terdetik bukan ke selama ni awak yang tergila-gilakan saya,nakkan saya dan bila saya cakap saya ada kekurangan kau terus reject mentah2......dia pulak yang membuatkan saya seperti tergila-gilakan dia.....anda semua boleh nilaikan lelaki yang macam manakah dia ni...nampak baik..mengalahkan ustad bila bermesej dgn saya atau bagi nasihat bila dia tahu je perempuan tu ada kekurangan sikit terus dia reject bukannya nak nilai hati perempuan tu dulu ke....dah sah2lah dia ni seorang lelaki yang pentingkan kecantikan luaran wanita semata-mata bukannya menilai wanita melalui hati.....perkenalan saya dan dia setakat itu saje melalui hp..mungkin dia baik tapi dia tak cukup baik untuk saya atau saya yang tak cukup baik untuk dia...waallahualam...... Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Secara jujurnya memang saya akui yang saya agak kecewa, sedih dan terkilan dengan perangainya....tetapi saya masih bersyukur sebab saya ketika itu memang tiada perasaan langsung pada dia walaupun dia psikologi saya dengan ayat-ayat agama dan kata-kata indah...saya tetap dengan hati yang kosong terima semua itu...sebab saya tahu Allah swt telah menciptakan seseorang untuk saya dan dia akan mengisi kekosongan hati saya suatu hari nanti...dia adalah suami saya yang halal buat saya.....semoga cinta kami sentiasa diredhai oleh Allah swt.......:):)

RAHSIA HATI SEORANG WANITA.....(mengertilah wahai kaum lelaki)
Minta kaum lelaki baca
(¯`v´¯)
`•.¸.•(¯`v´¯)
........`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ......`•.¸.•´* ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ*
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian (✿◠‿◠)
CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja (✿◠‿◠)
HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah
tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM (✿◠‿◠)
IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui (✿◠‿◠)
KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah (✿◠‿◠)
PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam (✿◠‿◠)
MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari.,
naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada
insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum (✿◠‿◠)
EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya (✿◠‿◠)
CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati (✿◠‿◠)
SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan
dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada
satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ...,
fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita
(✿◠‿◠)...saya ambil artikel ni dari fb page aku selalu merinduimu...saya suka ayat-ayat kat atas ni sbb tu saya nak share kat blog ni...SELAMAT MEMBACA..:)
........`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ......`•.¸.•´* ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ*
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian (✿◠‿◠)
CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja (✿◠‿◠)
HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM (✿◠‿◠)
IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui (✿◠‿◠)
KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah (✿◠‿◠)
PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam (✿◠‿◠)
MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum (✿◠‿◠)
EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya (✿◠‿◠)
CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati (✿◠‿◠)
SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita (✿◠‿◠)...saya ambil artikel ni dari fb page aku selalu merinduimu...saya suka ayat-ayat kat atas ni sbb tu saya nak share kat blog ni...SELAMAT MEMBACA..:)
Saturday, 3 November 2012
UNTUKMU ADAM DAN HAWA.........
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat
berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan
akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah
diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang
sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi
Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang
solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang
diidamkan oleh Adam.
Thursday, 1 November 2012
SAyA DaN dRAmA KoREa......
assalamualaikum....hari ini,sekali lagi saya ingin berkongsi atau meluahkan perasaan.yang terpendam di hati tentang perkara2 yang saya minati dan tidak minati....zaman sekarang ialah zaman kpop.....dan saya adalah salah seorang yang amat meminati segala perkara tentang korea tak kira dari segi adab mereka yang amat sopan dan menghormati antara satu sama lain...dan banyak lagi...saya harap satu hari nanti saya dapat pergi bercuti di korea...:D:D..
Kegilaan saya terhadap citer korea bermula pada tahun 2009 iaitu zaman drama korea yang paling meletop ketika itu iaitu "BOYS OVER FLOWER"...saya pasti ramai wanita telah jatuh hati kepada para pelakon lelaki utamanya yang sangat handsome dan macho atau lebih dikenali sebagai F4...lebih2 lagi pada lee min ho aka gu jun pyo....orang yang tak minat drama korea boleh jadi minatlah sbb ada dia..hehehh...;D
Semenjak kali pertama tengok drama nilah yang saya mula seakan2 taksub dengan drama korea...sebelum ni saya juga pengikut setia drama winter sonata...kisah cinta musim salju yang amat menyentuh hati tapi takdelah sampai nak kumpul dvd citer korea.....saya juga pengumpul dvd drama korea...itu jelah keje sy kalau tengah free ke atau tak tau nak buat apa..saya akan pasang dvd dan tengok drama2 korea kesayangan saya...bukan apa saya tak boleh terikat dengan waktu siaran tv sbb saya masih belajar...jadi bila saya ada masa saya akan menonton dvd kat rumah....:Dsaya hanya kumpul siri drama korea yang terbaik jelah dari ladang seperti boys over flower,princess hour,rooftop prince,he's beautiful,secret garden,mackerel run,winter sonata,autumn in my heart,49 days,save your last dance for me,personal taste,tree in heaven,stairway to heaven,sunkyunwan scandal,flower boys ramen shop,can you hear my heart,my girl dan beberapa filem jepun and korea yang lain.....<3<3..saya suka tengok citer korea sebab mcm baca citer novel sbb tu saya suka...:);)..emmm lagi satu saya juga suka baca novel...saya rasa tak payahlah saya listkan sebab terlalu banyak...hehehhe...saya juga suka membaca buku-buku yang boleh mendatangkan ilmu pengetahuan...seperti buku keagamaan dan buku-buku yang sama waktu dengannya..@_@...jadi saya amat tidak suka bila ada orang-orang yang cuba mengkritik perkara-perkara yang saya suka buat.....sbb nilah antara hobi saya di waktu lapang...sekian terima kasih....:)
kepada sesiapa yang minat citer korea saya suggestkan awak semua tgk cter bride of the sun,miss ahjumma dan rooftop prince...sangat best bukan pada saya jelah..sebab mejoritinya ramai yang menyatakan best..jgn lupa waktu menonton sediakan tisu tau...ok cukuplah buat setakat ni...kalau ada perkara menarik saya akan kongsi...:D:D
nilah.antara cerita drama-drama korea yang membuatkan saya mengalirkan air mata,ketawa dan tersenyum...:):D<3<3

Tuesday, 11 September 2012
ImPiAn dan MatlAmAT....
assalamualaikum,,,,,,semua orang ada impian dan matlamat begitu juga dengan saya. Alhamdulillah...saya sangat bersyukur kepada Allah swt..kerana telah mengabulkan setiap doaku satu persatu...walaupun ianya tidak berlaku ketika itu......jadi janganlah kita berputus asa untuk berdoa kepada Allah swt..kerana apabila waktunya sudah sampai Allah swt pasti akan mengabulkan doa kita...InsyaAllah..apa yang penting ikhlas...
Kembali kepada kisah impian saya,sejak kecil lagi saya dah ada cita-cita iaitu ingin menjadi seorang doktor dan saya juga suka sangat beli permainan doktor2 tu..lepas tu jadilah doktor tak bertauliah merawat pesakit2 palsunya di rumah...hehehhehh..Hari demi hari,tahun demi tahun usia saya meningkat. Ketika saya berada di sekolah menengah cita-cita saya mula berubah iaitu ingin menjadi seorang guru..tak kisahlah guru pape janji guru ..itulah azam saya ketika hampir menduduki spm tahun 2009..Saya seorang yang sangat sukakan kanak-kanak dan bayi sebab mereka sangat comel..hilang rasa masalah dan tekanan dalam jiwa sebaik sahaja melihat senyuman dan telatah mereka...jadi saya mula berazam ingin menjadi cikgu pendidikan prasekolah...dan sebelum itu, ada juga keinginan saya yang lain iaitu ingin mempelajari bidang kecantikan dan solekan sebab saya sangat suka make-up tapi bukanlah untuk tujuan memikat yang pakai tebal2 macam tepung gomak tu.. tapi just ingin meningkatkan keyakinan diri....saya kalau tak makeup pun orang tetap cakap manis (beli bakul angkat sendiri)..hehhehe..tapi itu realiti ok...:P:P.
Alhamdulillah..setelah tamat menduduki peperiksaan spm dan mendapat keputusan...saya apply semua ipta/ipts..dapat salah satunya iaitu penyambung pengajian dalam bidang pengajian islam,pusat pengajian itu terletak di melaka juga saya tetap merasa jauh dari rumah saya di daerah melaka tengah...mana tahan saya kena berpisah dengan parents tercinta..maklumlah anak bongsu dari tiga beradiklah katakan...hehehhe..jadi saya membuat keputusan belajar dalam bidang kemahiran terlebih dahulu....pada mulanya bidang yang saya pelajari di kk adalah bidang rekaan fesyen dan pakaian kerana sangkaan saya bidang kecantikan tiada di melaka...pehhhh susah gila wa cakap lu bidang fesyen kalau tak ada bakat...rasa nk marah je sebab terlalu tension dengan kerja yang diberi....dengan kena belajar melukisnya, belajar menjahitnya...mencari idea...macam mana saya boleh nak ambil bidang fesyen sedangkan waktu kat sekolah menengah dulu subjek kemahiran hidup bahagian yang paling saya lemah adalah bahagian jahitan.....huhuhuhu..tak getilah menjahit kecuali menjahit seluar koyak je..insyaAllah itu pandai..setakat guna skill saya sendiri bolehlah..yang formal skill "i am SORRY" bak kata amir raja lawak...Kemudian tak sampai satu minggu saya berada di bidang fesyen saya telah bertukar kebidang yang saya minati iaitu kecantikan...maka di situ bermulanya ketenangan dan keseronokan kerana mendapat mempelajari bidang yang saya sangat suka...asyik skor je tau..alhamdulillah keputusannya agak cemerlang setiap kali mengambil peperiksaan atau ujian...:):):D<3..
Setelah saya tamat pengajian selama 2 tahun di kk saya diterima masuk ke dalam oum bagi meneruskan pengajian dalam bidang yang saya impikan iaitu pendidikan prasekolah dan kini pada usia 20 tahun saya telah pun berada di semester ke-2..alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt sesungguhnya Allah swt maha mendengar lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
SEKIAN....

Wednesday, 2 May 2012
DIMANAKAH DIRIMU DUHAI PEMILIK HATIKU..
Hari demi hari yang aku lalui penuh dengan dugaan dan cabaran , setiap detik yang berlalu aku isikan dengan perkara -perkara yang aku suka lakukan bagi mengisi kekosongan dalam hati aku, Namun, semua itu bagaikan tidak terkesan sedikit pun dalam hati ini. Benar secara zahirnya aku nampak gembira, riang dan ceria...tapi jauh di sudut hati ini masih ternanti-nanti seseorang yang akan menjadi pelengkap hidupku. Waktu aku berada di bangku sekolah menengah, aku pernah suka dengan seorang lelaki. Ketika itu aku berada di tingkatan 3 dan dia juga seusia denganku. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh ada hati pada dirinya, nak kata rupa paras mungkin tidak sebab waktu itu aku hanya keliru dengan wajah 2 orang lelaki yang agak serupa iaitu antara dia dan sahabat baiknya.Mereka berdua merupakan pengawas di sekolah aku.
Sejak aku mula perasan kewujudan dirinya, saban hari degupan hati aku mula tidak menentu setiap kali terfikir tentang dirinya dan setiap kali berhadap dengannya tingkah lakuku mula sumbang dari menjadi seorang gadis yang tidak kisah dengan keadaan sekeliling mula gelisah kerana hatiku berdegup dengan laju setiap kali bertembung dengan dirinya. Sememengnya aku tidak boleh berselindung dalam perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Aku juga tidak boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang terjadi, kawanku juga dapat melihat sikap gelabah aku apabila bertembung dengan orang yang aku suka. ADAKAH INI NAMANYA CINTA??
Sememangnya aku tidak dapat menafikan yang aku mula tangkap cintan dengan lelaki itu dan ianya juga boleh dikategorikan sebagai angau tahap kriktikal kot. Malah aku pernah menulis sehelai surat yang mengandungi namanya yang aku gelarkan sebagai "pengawasku" sebab ketika itu aku masih belum mengetahui nama si dia yang aku suka. Ketika aku menulis surat itu hanya aku dan Allah sahaja yang mengetahui apa yang terkandung dalam surat tersebut. Bayangkan bertapa berbunga-bunganya perasaan aku waktu menulis surat cinta tentang si dia macam benar-benar kami sedang bercinta.Setelah selesai menulis surat cinta yang indah dan sememangnya dikategorikan sebagi "syok sendiri",aku pun lipatlah sekemas mungkin dan simpan surat tersebut di dalam kotak pensil, tujuan asalnya tidak mahu sesiapa terbaca dan mengetahui tentang apa yang aku alami ketika itu "SECRET" kata orang putih.
Pada suatu hari,ketika aku asyik berbual dengan rakan waktu di dalam kelas dan ketika itu pula posisi kedudukan badan aku menghala ke belakang untuk memandang wajah rakan aku yang sedang bercerita tentang satu topik terhangat dan waktu itu juga kotak pensil berada di atas meja aku dengan keadaan zipnya yang tidak tertutup.Tiba-tiba sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, aku melihat rakanku telah membaca isi kandungan yang terkandung di dalama surat tersebut..alahai terkantoi sudah. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu bertapa malunya aku untuk mengakui apa yang tersirat di dalam hati aku dan di saat itu juga aku terpaksa mengakui yang aku mempunyai perasaan terhadap orang yang aku tulis namanya di dalam surat tersebut meskipun hanyalah syok sendiri....

Subscribe to:
Posts (Atom)