Tuesday, 11 September 2012

ImPiAn dan MatlAmAT....

assalamualaikum,,,,,,semua orang ada impian dan matlamat begitu juga dengan saya. Alhamdulillah...saya sangat bersyukur kepada Allah swt..kerana telah mengabulkan setiap doaku satu persatu...walaupun ianya tidak berlaku ketika itu......jadi janganlah kita berputus asa untuk berdoa kepada Allah swt..kerana apabila waktunya sudah sampai Allah swt pasti akan mengabulkan doa kita...InsyaAllah..apa yang penting ikhlas...
  Kembali kepada kisah impian saya,sejak kecil lagi saya dah ada cita-cita iaitu ingin menjadi seorang doktor dan saya juga suka sangat beli permainan doktor2 tu..lepas tu jadilah doktor tak bertauliah merawat pesakit2 palsunya di rumah...hehehhehh..Hari demi hari,tahun demi tahun usia saya meningkat. Ketika saya berada di sekolah menengah cita-cita saya mula berubah iaitu ingin menjadi seorang guru..tak kisahlah guru pape janji guru ..itulah azam saya ketika hampir menduduki spm tahun 2009..Saya seorang yang sangat sukakan kanak-kanak dan bayi sebab mereka sangat comel..hilang rasa masalah dan tekanan dalam jiwa sebaik sahaja melihat senyuman dan telatah mereka...jadi saya mula berazam ingin menjadi cikgu pendidikan prasekolah...dan sebelum itu, ada juga keinginan saya yang lain iaitu ingin mempelajari bidang kecantikan dan solekan sebab saya sangat suka make-up tapi bukanlah untuk tujuan memikat yang pakai tebal2 macam tepung gomak tu.. tapi just ingin meningkatkan keyakinan diri....saya kalau tak makeup pun orang tetap cakap manis (beli bakul angkat sendiri)..hehhehe..tapi itu realiti ok...:P:P.
Alhamdulillah..setelah tamat menduduki peperiksaan spm dan mendapat keputusan...saya apply semua ipta/ipts..dapat salah satunya iaitu penyambung pengajian dalam bidang pengajian islam,pusat pengajian itu terletak di melaka juga saya tetap merasa jauh dari rumah saya di daerah melaka tengah...mana tahan saya kena berpisah dengan parents tercinta..maklumlah anak bongsu dari tiga beradiklah katakan...hehehhe..jadi saya membuat keputusan belajar dalam bidang kemahiran terlebih dahulu....pada mulanya bidang yang saya pelajari di kk adalah bidang rekaan fesyen dan pakaian kerana sangkaan saya bidang kecantikan tiada di melaka...pehhhh susah gila wa cakap lu bidang fesyen kalau tak ada bakat...rasa nk marah je sebab terlalu tension dengan kerja yang diberi....dengan kena belajar melukisnya, belajar menjahitnya...mencari idea...macam mana saya boleh nak ambil bidang fesyen sedangkan waktu kat sekolah menengah dulu subjek kemahiran hidup bahagian yang paling saya lemah adalah bahagian jahitan.....huhuhuhu..tak getilah menjahit kecuali menjahit seluar koyak je..insyaAllah itu pandai..setakat guna skill saya sendiri bolehlah..yang formal skill "i am SORRY" bak kata amir raja lawak...Kemudian tak sampai satu minggu saya berada di bidang fesyen saya telah bertukar kebidang yang saya minati iaitu kecantikan...maka di situ bermulanya ketenangan dan keseronokan kerana mendapat mempelajari bidang yang saya sangat suka...asyik skor je tau..alhamdulillah keputusannya agak cemerlang setiap kali mengambil peperiksaan atau ujian...:):):D<3..
  Setelah saya tamat pengajian selama 2 tahun di kk saya diterima masuk ke dalam oum bagi meneruskan pengajian dalam bidang yang saya impikan iaitu pendidikan prasekolah dan kini pada usia 20 tahun  saya telah pun berada di semester ke-2..alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt sesungguhnya Allah swt maha mendengar lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
SEKIAN....

No comments:

Post a Comment