ketika
Adam berada di syurga, apa sahaja yang ada didalam syurga itu berupa
nikmat! segala nikmat yg xprnh berkurang.. namun.. Adam ttp glisah dan
resah dlm kesepian..
itulah satu2nya kekurangan yg dirasakan Adam di syurga..
dia
memerlukan seorang teman yg akan mendampinginya dlm kesenangan yg
xterkata itu. Demi memenuhi jiwanya yg kesunyian, Adam akan turun ke
bawah pohon2 rendang mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi
indah. Namun.. hatinya tidak tenteram, malah makin tertikam.. tatkala
angin bertiup sepoi2 bhsa dan dedaunan mendesirkan suara sayup2 maka
terkesanlah di hati Adam akan perasaan sayu. Dirasakan sprti derita
batin disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
tetapi..
Adam
malu sekali untuk mengadukan kesunyiannya itu kepada Allah. Allah Maha
Mengetahui akan apa yg tersembunyi dalam kalbu hambaNya.
Ketika Adam
sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril
AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri.
Adam
tidak berasa apa2 ketika tulang rusuknya dicabut oleh Malaikat Jibril.
dan dgn kudrat Allah yg apabila ia mengkehendaki terjadi ssuatu, cukup
dgn berkata "KUN" maka terciptalah
Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Juga
sebagai pelengkap kurnia yg dianugerahkan kpd Adam. Justeru Hawa itu
tercipta untuk dijadikan teman yg boleh bermesra dan bergurau senda
dengan Adam.
Hawa
dduk bersandar pada bantal lembut, diatas sebuah tempat yang
bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memandang wajah
seorang lelaki kacak yg sedang terbaring tidak jauh di depannya. Butir2
fikiran dan perasaan yg bergelombang dalam sanubari Hawa itu seolah2
merupakan arus elektrik yg datang mengetuk kalbu Adam. Ia langsung
berasa seperti sebuah mempi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam..
Ketika
terjaga , alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk manusia
seperti dirinya tidak jauh dari tempatnya sedang berbaring. Beberapa
kali Adam mengosok matanya kerana tidak percaya pada apa yg dilihatnya.
Hawa
diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya
seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampur manja, diiringi
pandangan melirik dari sudut mata yang ternyata memberikan sinar harapan
bagi hati yg melihatnya.
Sesungguhnya
memang diciptakan Hawa itu dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna!
Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, peindahan, kasih sayang,
kesucian, keibuan, dan segala sifat keperibadian yg terpuji. Ia wanita
tercantik yg menghiasi Syurga! dan kecantikan itu yg diwariskan
turun-temurun.. dan daripadanyalah maka ada kecantikan yg diwariskan
kepada semua wanita yg datang selepasnya..
Adam tidak kurang hebatnya!
dia
begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa walau sekecil cacat pada
dirinya. kerana Adam itu makhluk yg dicipta secara langsung oleh Allah
SWT tanpa perantaraan. Semua kecantikan yg ada pada seorang lelaki
terhimpun padanya. dan kecantikan itu jugalah yg diwariskan kepada semua
lelaki selepasnya sebagai anugerah Allah kepada makhlukNya yg bergelar
manusia. Bahkan diriwayatkan, kelak semua penduduk syurga akan
dibangkitkan dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..
Kata2 yg pling segar dan diingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus-putus
"... ku.. a.. ku.. aku.. dijadikan untukmu!"
kata-kata
itu nikmat yang menambah kemeraan Adam dan Hawa. Adam sedar nikmat itu
datang daripada Tuhan, dan cinta juga datang daripada Tuhan. Dengan
mengenali cinta, makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam. Cinta kepada
Hawa beerti cinta kepada Pencipta..
diperintahkan
kepada semua malaikat di langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah
pohon 'Syajarah Thuba', menjadi saksi atas pernikahan Adam & Hawa..
Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman ..
"Segala
puji adalah KepunyaanKu, segala Kebesaran adalah pakaianKu, segala
Kemegahan adalah hiasanKu dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah
kekuasaanKu. menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni
langit dan syurga bahawa aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua-dua
ciptaanKu dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya bertahlil dan
bertahmid kepadaKu!"
No comments:
Post a Comment