assalamualaikum..hai semua..rindu saya tak?heheheh (perasan)...dah lama jugakan saya tak kongsikan cerita2 yang menarik untuk dikongsi dan bahan2 yang menarik untuk dibaca kat blog...ermm hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang perlu kita mengingatinya dan mengetahuinya.ianya juga satu peringatan buat kita semua sebagai umat islam..semoga apa yang kita lakukan di dalam bumi ini sentiasa mendapat keredhaan Allah swt insyaAllah..peringatan untuk anda dan diri saya juga..
SELAMAT MEMBACA..^_^
Thursday, 28 February 2013
Saturday, 16 February 2013
KENAPA PEREMPUAN LEPAS BERKAHWIN BERISI.
Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas
kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina
Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW
mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa
ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk
berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah
RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)
Nampak 'hikmahnya'.
1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan
anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA
tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).
2.
Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi
disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat
keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.
3.
Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan
melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri
dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang
cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah
isteri.
----
Tak mengapa kalau tidak layak untuk menjadi seorang model. Berusahalah untuk menjadi seorang role-model.
>>> TENTANGMU CALON JODOHKU
Jika cintaku padamu adalah cinta buta,
Tinggalkan aku dengan nada kecewa yang tak berdaya kau ucapkan.
Jika cintaku padamu menyebabkan aku lebih jauh dari Allah,
Maka hinakan aku dengan hinaan yang paling hina yang tak berdaya kau lontarkan.
Jika cintaku padamu tidak bisa membawamu ke arah yang lebih baik,maka tutuplah hatimu serapat mungkin untukku.
Namun,
Jika cintaku kerana pengabdianku pada ALLAH.
Jika cintaku kerana ingin membawamu lebih mendekati ALLAH..
Jika cintaku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai ' bidadari 'ku di Syurga kelak..
Jangan kau palingkan wajahmu,
Jangan kau tutup hatimu,
Jangan kau tinggalkan diriku,
Kerana walaupun cintaku belum sempurna, namun hasrat menyempurnakan cinta bersamamu senantiasa ada..
Bukan mudah meraih cinta yg berbuah pahala..
Biar munajat cinta ini terus bersemadi di hati..
Teringat kata,
"Malu kita hanya kepada ALLAH" jika berbuat sesuatu yg bikin ALLAH murka itu patut lebih dimalukan..
Kata yg ku genggam untuk jadi azimat & penguat semangat dalam menjalani arus kehidupan,,
" Jika aku d sini menanti,,ku harap kau d sana menjaga, bila aku d sini berdoa ku harap kau d sana setia.."
Aku tak berharap d pertemukan denganmu..
tapi aku meminta d persatukan dlm cinta_NYA..
Aku tak berharap kesempurnaanmu..
kerana ku ingin melengkapimu dengan kekuranganku..
Yang aku impikan hanya kesempurnaan cinta_NYA...
Kerana hanya begitulah tak akan ada rasa kecewa di akhirnya.."
YAKINLAH JODOH YANG TERBAIK PASTI ADA
Seseorang hadir di hidupmu, karena sebuah alasan, Dia datang menawarkan kebahagiaan dan juga kekecewaan. Kadang, ada yang hanya datang menyapa saja, tetapi ada pula yang sudah jauh melangkah.
Mereka datang silih berganti meninggalkan kenangan yang terkadang perih. Namun, percayalah. Akan ada seseorang yang datang dan menetap sepanjang masa hidupmu.
Allah sengaja membiarkanmu bertemu dengan beberapa orang yang salah, sebelum akhirnya mempertemukanmu dengan orang yang tepat agar kamu bisa mensyukuri karunia-Nya dan bisa belajar dengan semua kesalahanmu.
Jangan pernah menganggap sakit hatimu sebagai cara untuk menjauhi indahnya hidup. Tapi jadikanlah sakit hatimu sebagai pelajaran yang sangat berharga dalam hidupmu. Yakinlah Allah telah menyiapkan Jodoh yang terbaik untukmu.
"KEINGINAN SETIAP WANITA"
❥ Janganlah hanya memandang kecantikan wajah dan tubuh wanita yang takkan pernah abadi..
❥ Tapi pandanglah kecantikan tutur kata serta kemuliaan akhlak serta kerendahan hatinya..
❥ Janganlah mencintai wanita kalau hanya dengan taburan hawa nafsu yang akan menjerumuskan..
❥ Tapi cintailah wanita dengan penuh ketulusan yang tumbuh dari lubuk hati yang paling dalam..
❥ Janganlah perlakukan wanita sebagai sesuatu yang hanya untuk dinikmati..
❥ Tapi perlakukanlah mereka sebagai wanita yang pantas untuk dikasihi dan disayangi..
❥ Janganlah menilai wanita hanya sebagai kaum yang sangat lemah..
❥ Tapi nilailah mereka sebagai wanita yang lembut nan ramah..
❥ Di saat mereka khilaf maka tuntunlah..
❥ Di saat mereka salah maka nasehatilah..
❥ Di saat mereka durhaka maka perbaikilah..
❥ Perlakukanlah wanita dengan penuh kelembutan serta kasih sayang..
❥ Karena begitulah harapan mereka para wanita..
❥ Berharap dimengerti dan dihargai.. (◡‿◡✿)
✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸ ✽
❥ Semoga Bermanfaat
Untuk kita Bersama,Aamiin..
Thursday, 7 February 2013
LawaK KaNtOi SeoRaNG aYah..:D
assalamualaikum..hai semua..hari ni saya nak kongsi sebuah kisah yang menarik untuk dibaca dan kelakar..(kalau saya gelak seseorang maknanya lawaklah tu)..tak tahulah anda semua bagaimana..apa-apa pun
SELAMAT MEMBACA..^_^
ketika
ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan. Barulah
si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms
yg dikirim oleh seseorang yg x bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila
membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.
~petikan dari fb page jadikan dia jodoh terbaikku~
SELAMAT MEMBACA..^_^
ketika
ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan. Barulah
si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms
yg dikirim oleh seseorang yg x bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila
membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.
” hai sayang
selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau.
Terus terang, baby x boleh lupakan saat2 manis bersama malam dulu. Enak
sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang blh datang kerumah baby… X
sabar nk tunggu sayang ”
Ayah tergamam, lalu memanggil
isterinya..’Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!’
Ibu seakan2 x percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu.
Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.
‘ko nak ke mana malam ni?’
‘kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat’
‘lalu apa maksud sms ni?’ si ayah membentak.
‘lar… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sb nk tunggu sms penting?’ jwb anaknya selamba.
si ayah lari… Ibu pulak mengejar dgn penyapu…
ibu nie baik sgt...penyapu je? xcukup tu...baling la durian ni kat ayah..haha..:P
P/s : Padan Muka Beliau..
~petikan dari fb page jadikan dia jodoh terbaikku~
Wednesday, 6 February 2013
SAAT TERCIPTANYANYA SEORANG WANITA
ketika Adam berada di syurga, apa sahaja yang ada didalam syurga itu berupa nikmat! segala nikmat yg xprnh berkurang.. namun.. Adam ttp glisah dan resah dlm kesepian..
itulah satu2nya kekurangan yg dirasakan Adam di syurga..
dia memerlukan seorang teman yg akan mendampinginya dlm kesenangan yg xterkata itu. Demi memenuhi jiwanya yg kesunyian, Adam akan turun ke bawah pohon2 rendang mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi indah. Namun.. hatinya tidak tenteram, malah makin tertikam.. tatkala angin bertiup sepoi2 bhsa dan dedaunan mendesirkan suara sayup2 maka terkesanlah di hati Adam akan perasaan sayu. Dirasakan sprti derita batin disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
tetapi..
Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyiannya itu kepada Allah. Allah Maha Mengetahui akan apa yg tersembunyi dalam kalbu hambaNya.
Ketika Adam sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri.
Adam tidak berasa apa2 ketika tulang rusuknya dicabut oleh Malaikat Jibril. dan dgn kudrat Allah yg apabila ia mengkehendaki terjadi ssuatu, cukup dgn berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Juga sebagai pelengkap kurnia yg dianugerahkan kpd Adam. Justeru Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yg boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam.
Hawa dduk bersandar pada bantal lembut, diatas sebuah tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak yg sedang terbaring tidak jauh di depannya. Butir2 fikiran dan perasaan yg bergelombang dalam sanubari Hawa itu seolah2 merupakan arus elektrik yg datang mengetuk kalbu Adam. Ia langsung berasa seperti sebuah mempi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam..
Ketika terjaga , alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk manusia seperti dirinya tidak jauh dari tempatnya sedang berbaring. Beberapa kali Adam mengosok matanya kerana tidak percaya pada apa yg dilihatnya.
Hawa diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang ternyata memberikan sinar harapan bagi hati yg melihatnya.
Sesungguhnya memang diciptakan Hawa itu dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna! Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, peindahan, kasih sayang, kesucian, keibuan, dan segala sifat keperibadian yg terpuji. Ia wanita tercantik yg menghiasi Syurga! dan kecantikan itu yg diwariskan turun-temurun.. dan daripadanyalah maka ada kecantikan yg diwariskan kepada semua wanita yg datang selepasnya..
Adam tidak kurang hebatnya!
dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa walau sekecil cacat pada dirinya. kerana Adam itu makhluk yg dicipta secara langsung oleh Allah SWT tanpa perantaraan. Semua kecantikan yg ada pada seorang lelaki terhimpun padanya. dan kecantikan itu jugalah yg diwariskan kepada semua lelaki selepasnya sebagai anugerah Allah kepada makhlukNya yg bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan, kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..
Kata2 yg pling segar dan diingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus-putus
"... ku.. a.. ku.. aku.. dijadikan untukmu!"
kata-kata itu nikmat yang menambah kemeraan Adam dan Hawa. Adam sedar nikmat itu datang daripada Tuhan, dan cinta juga datang daripada Tuhan. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam. Cinta kepada Hawa beerti cinta kepada Pencipta..
diperintahkan kepada semua malaikat di langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon 'Syajarah Thuba', menjadi saksi atas pernikahan Adam & Hawa..
Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman ..
"Segala puji adalah KepunyaanKu, segala Kebesaran adalah pakaianKu, segala Kemegahan adalah hiasanKu dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah kekuasaanKu. menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua-dua ciptaanKu dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya bertahlil dan bertahmid kepadaKu!"
Tuesday, 5 February 2013
ISTIMEWANYA SEORANG WANITA
Allah
berfirman:brmksud
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku
memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku
memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau
tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."
"Kecantikan
seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini
kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini
juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.
Friday, 1 February 2013
" NASIHAT UNTUKMU DAN DIRIKU "
assalamualaikum...saya nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk dibaca...
SELAMAT MEMBACA..^_^
❥ Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah Subhanahu wa Ta'ala tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
❥ Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah Subhanahu wa Ta'ala sudah menghitung air matamu..
❥ Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja..
Allah Subhanahu wa Ta'ala sedang menunggu bersamamu..
❥ Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah Subhanahu wa Ta'ala sudah punya jawabannya.
❥ Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..
Allah Subhanahu wa Ta'ala dapat menenangkanmu..
❥ Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk dengan urusannya..
Allah Subhanahu wa Ta'ala selalu berada di sampingmu..
❥ Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar
dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi
pasangan hidupmu kelak..
❥ Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas..
Allah Subhanahu wa Ta'ala tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..
❥ Sejatinya di mana pun kau atau kemana pun kau menghadap, Allah Subhanahu wa Ta'ala Maha Mengetahui..
Laa Tahzan Innallaha Ma'ana
❥ Tabassum wa Hamasah...(◡‿◡✿)
Subscribe to:
Posts (Atom)