Tuesday, 26 November 2013

SEBENARNYA CINTA..



Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

...Yang pasti CINTA kepada ALLAH itu adalah lebih KEKAL dan ABADI...




RINDU

Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.”


Tuesday, 12 November 2013

CUBALAH....^_^

Anda xperlu PERCAYA...cuma cuba sja... Dari no. Hp, kita dapat tahu umur kita.. Percaya tak???
(1) Lihat angka terakhir no hp anda...
(2) Dikalikan 2
(3) Ditambah 5
(4) Dikalikan 50
(5) Ditambahkan 1763
(6) Ditolak tahun kelahiran anda.
Sekarang anda mendapatkan 3 angka.
Angka pertama adalah angka terakhir no Hp anda...Angka
kedua dan ketiga
adalah umur anda..
Cuba dan buktikan sendiri ya selamat mencuba .. Inilah ilmu matematik, ilmu dari allah juga subhanallah...

SELAMAT MENCUBA..^_^

Wednesday, 23 October 2013

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


MAKSUD AYAT KURSI

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
 Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
 setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


SELAMAT BERAMAL..^_^

Thursday, 17 October 2013

SELALU BERFIKIRAN POSITIF...

assalamualaikum..hai para pembaca, hari ini saya nak kongsi sesuatu yang berfaedah untuk dibaca dan saya ingin kongsikan. tidak dapat dinafikan bahawa kita sebagai hamba Allah swt..pasti sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran selagi kita masih bernafas di atas muka bumiNya ini. Allah swt akan memberikan ujian atau dugaan mengikut tahap kemampuan setiap hambaNya dan ingin menguji tahap keimanan kita sebagai hambaNya dan Allah swt menguji kita dalam pelbagai aspek iaitu dari segi harta,kekayaan,kemiskinan,kehilangan,masalah dan pelbagai lagi.tidak kira sama ada kita sedar atau tidak...memang berat untuk menanggung segala ujian dan dugaan yang datang kepada kita dan jalan terbaik untuk mengatasi juga adalah kembalilah kepada Allah swt kerana Allah swt Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu yang berada di muka bumi ini..Maha Mengasihani dan Maha Penyayang..hendaklah kita bersabar dalam menempuh dugaan dan rintangan yang mendatang dan sentiasa mengingati Allah swt kerana Allah swt sangat dekat dengan kita,umpama kita nampak bulan dekat dengan kita tapi sebenarnya ia jauh,kita tak nampak Allah swt tapi Allah swt sangat dekat  dengan kita..Subahanallah,Maha Suci Allah yang mencipta langit dan bumi,yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui...berbalik pada ujian dan dugaan yang saya ceritakan di atas, saya akui kadang-kadang saya rapuh dan tak kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang...saya berusaha setiap hari agar dapat menjadi hamba Allah swt yang baik dan sentiasa mendapat keredhaanNya...saya tahu semua orang yang beragama islam dalam dunia ni juga berharap perkara yang sama seperti saya.Semakin kita ingin menjadi hamba yang baik, semakin kuat pula dugaan dan ujian yang Allah swt berikan kepada kita untuk menguji keimanan kepada kita kerana Allah swt menyayangi hambaNya dan ingin menghapuskan dosa-dosa kecil kita yang lalu. hendaklah kita kembali kepada Allah swt dengan memperbanyakkan bersujud,berzikir dan berdoa memohon keampunana dari Allah swt dan minta agar tabahkan hati dan menangkan jiwa dalam menempuh dugaan dan ujian yang mendatang..insyaAllah..seperti  yang kita tahu dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan dikembalikan..(peringatan buat diriku juga) SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL.^_^

Hati perlu tetap teguh dan jiwa harus tetap utuh, tidak boleh ada kata rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup terus berjalan, dan kita harus berusaha untuk menghadapinya dengan lebarnya senyuman.

Selalu Berfikiran Positif

Berfikiran positif akan membuat tubuh lebih sihat. Melihat segala sesuatu dari sudut pandang yang lebih membahagiakan. Contohnya fenomena  lewat kahwin, maka dia akan mengedepankan harapan – harapan positif dan menyingkirkan bayang – bayang negatif.
Berikit adalah 5 kelebihan orang yang selalu berfikiran positif, dari penulis K. Wardhanie

1. Berfikiran Positif: Melihat Masalah Sebagai Cabaran

Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sensara di dunia. Dia merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia miliki.
Dia merasa hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi kita dapat melakukannya.”
Dia mengkedepankan berita gembira daripada berita buruk.

2. Berfikiran Positif: Menikmati Hidup

Fikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaan dirinya dengan besar hati. Apa yang ada pada dirinya adalah sumber motivasi luar biasa yang dapat menampung diri dan hatinya untuk tetap bertahan dalam keadaan apa pun.
Dia boleh saja untuk merasa longlai tidak bermaya, namun dia memilih untuk mensyukuri  apa yang ada dan kemudian mencuba bersikap yakin atasnya.
Dia tidak mudah terpengaruh oleh ejekan orang dan mencuba teguh berdiri menikmati hidup yang diamanahkan Allah kepadanya. Dalam konteks ini, memang akan ada banyak fitnah dan cakap orang tentang keadaan kita.
Sebaiknya kita tidak perlu tenggelam dan sibuk mendengar cakap orang tentang keadaan kita. Kerana sekencang manapun percakapan itu, tidak akan membantu keadaan kita.
Maka nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama.

3. Berfikiran Positif: Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Saranan dan Idea

Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih sedikit berbicara. Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan diri. Apatah lagi apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang bermakna akan sangat kita perlukan.
Tugas kita adalah mencuba berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.

4. Berfikiran Positif: Segera Menghapuskan Fikiran Negatif

Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk peribadi – peribadi skeptikal, spesimis dan mengalah sebelum bersaing.
Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipersoalkan dan dilihat sebagai tidak mampu dipercayai. Bila keadaan sudah seperti ini, maka tidak sama sekali akan menguntungkan. Maka abaikan dan hapuskan fikiran negatif yang bersarang di hati.

5. Berfikiran Positif: Mensyukuri Apa Yang Dimiliki

Merupakan sebuah kebahagian luar biasa, apabila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang kita miliki dan tidak mencaci apa yang kita tidak miliki. Hidup ini adalah rentetan syukur tidak berkesudahan , bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.
Apa yang ada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan. Angan – angan yang membayangkan hanya akan menyisakan harapan tidak  berkesudahan, sedangkan rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk mejadi hamba Allah yang bersyukur.
Selalu melihat pada kesukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap apa yang tidak kita miliki. Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran. Selalu sahaja ada nikmat yang tiada pada diri kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki.
Mustahil untuk memiliki segala nikmat di dunia ini. Berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan  sangat disarankan bagi hati hamba yang lemah seperti kita.


Wednesday, 28 August 2013

DRAMA KOREA I HEAR YOUR VOICE.:)

assalamualaikum..rasanya dah agak lama saya kongsi cerita atau drama-drama yan saya minat...hari ini saya nak ceritakan tentang satu drama korea yang agak baru ketika ini..iaitu i hear your voice..cerita ni mengisahkan keadilan,kebenaran,cinta,keluarga dan tanggungjawab..ceritanya bermula apabila seorang remaja perempuan bersama rakannnya tapi bukanlah kawan pun cuma anak kepada majikan kepada ibunya..ibunya remaja perempuan ni kiranya pembantu rumahlah..ada satu kejadian kemalangan yang amat dasyat dan secara kebetulan remaja perempuan yang bernama jang hye sung dan rakannya tadi telah ternampak seorang lelaki yang memegang batang paip telah memukul pemandu kereta yang kemalangan tadi sampai mati..lalu remaja perempuan ni pun dengan beraninya dia mengambil gambar si penjenayah ni tengah pukul  pemandu kereta tadi dan ketika kejadian itu berlaku..si pemandu tu ada bersama dengan anaknya.jadi anak kepada si pemandu tu pun saksi si penjenayah tu bunuh ayah dia dengan batang paip..baru si penjenayah ni nak tukar giliran untuk bunuh si anak pula..dia terdengar bunyi camera handphone si remaja perempuan yang mengambil gambar dia...lalu si penjenayah ni pun berang dan mengejar remaja perempuan yang ambil gambar dia tadi..tetapi remaja perempuan dan rakannya sempat melarikan diri dan bersembunyi..si penjenayah mahu meneruskan pencariannya tetapi tidak dapat meneruskan sebab polis dah sampai jadi dia memberi amaran kepada dua orang gadis remaja tersebut untuk menyimpan rahsia dan bukti kalau tidak dia janji yang mereka berdua tidak akan dilepaskan dan dibunuh olehnya..kemudian sewaktu perbicaraan sedang dilakukan di mahkamah ke atas si penjenayah itu tadi dia boleh dilepaskan kerana tiada bukti tetapi anak kepada si pemandu yang dibunuh tadi mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran orang...dia bercakap perkara yang difikirkan oleh si penjenayah tersebut tetapi tiada siapa percaya kerana dia masih lagi seorang kanak-kanak dan secara logiknya tiada orang yang akan percaya yang dia mempunyai kebolehan tersebut..beberapa minit kemudian remaja perempuan yang merupakan saksi dan mempunyai gambar sebagai bukti muncul ketika perbicaraan sedang diadakan dan menunjukkan bukti kepada hakim yang si penjenayah itu benar-benar bersalah dan si anak pemandu yang telah dibunuh bernama park so ha terhutang budi denganremaja perempuan itu tadi kerana sudi tampil untuk menunjukkan bukti dan menceritakan kebenaran...remaja perempuan tadi mula rasa menyesal kerana bercakap benar dan memberikan bukti kepada mahkamah kerana diserang oleh si penjenayah itu tadi dan diugut yang dia akan melaksanakan janjinya untuk membalas dendam dan membunuh orang yang menunjukkan bukti setelah dia keluar penjara kelak..kanak-kanak yang bernama park so ha telah mengikuti remaja perempuan bernama jang hye sung keluar dari mahkamah untuk mengucapkan terima kasih kerana telah bercakap benar di mahkamah..remaja perempuan tu memarahi kanak-kanak tersebut kerana mengikutinya dan kemudian meluahkan perasaan takutnya apa yang akan terjadi di masa hadapan apabila si penjenayah tu keluar dari penjara kelak..lalu kanak-kanak itu berjanji yang dia akan melindungi remaja perempuan tu dan remaja perempuan yang bernama jang hye sung  merupakan cinta pertamanya....tulah apa yang saya faham tentang drama ni..drama ni sangat best dan menyentuh perasaan...kisah cinta yang tidak mengenal usia..saya sangat suka drama ni dan saya tengah tunggu dvdnya keluar dipasaran utk dijadikan sebagai koleksi dvd drama-drama korea kesayangan saya...oklah sampai sini sahaja dulu..kalau ada drama korea best lagi saya akan ceritakan kalau ada masa..insyaAllah...
SELAMAT MEMBACA..^_^



Saturday, 29 June 2013

CINTAILAH SESEORANG KERANA ALLAH S.W.T

" Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan. "

" Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut. "

" Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. "

" Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya."

" Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi."

Namun..

" Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada ALLAH SWT, sesungguhnya ALLAH itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. ALLAH mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. "


Tuesday, 25 June 2013

ERTI KESUCIAN CINTA..



Cinta yang Suci tak akan mudah membuat seseorang menjadi lemah iman. Akan tetapi ia akan menjadikan seseorang merasa lebih punya kekuatan..

Cinta yang Suci tak akan mudah membuat seseorang cepat berputus asa. Akan tetapi ia akan menjadikan seseorang merasa lebih bersemangat menjalani kehidupan..

Cinta yang Suci tak akan mudah membuat seseorang terhina. Akan tetapi ia akan menjadikan seseorang menjadi lebih mulia..

Dan Cinta yang Suci tak akan mudah membuat seseorang menghinakan diri. Akan tetapi ia akan menjadikan seseorang untuk tetap menjaga kesucian diri..


Jangan pernah berkata mencintai dengan tulus, Jika di dalam hati hanya memuja kecantikan dan ketampanan wajah semata..

Jangan pernah berkata mencintai dengan tulus, jika di dalam hati masih tersembunyi luapan luapan nafsu belaka..


Dan jangan pernah berkata mencintai dengan tulus, jika akan membuat diri terlena dan terhina..

Kerana Cinta Sejati adalah sebuah getaran rasa yang tumbuh dari dalam relung hati yang paling dalam..


Yang akan membawa seseorang menjadi semakin dekat dengan Sang Illahi Robbi. Begitulah seharusnya cinta dijalani. Dan begitulah seharusnya cinta dihargai..

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu lagi Maha Mengetahui..

assalamualaiku semua..saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama dan sebagai peringatan bersama...SELAMAT MEMBACA..^_^

Peringatan bersama:Lagi kita mencari penghargaan manusia lagi kurang akan dapat, lagi tak mahu penghargaan manusia akan lebih banyak dapat penghargaan. Lagi ingin penghargaan manusia lagi kurang kita dihargai. Jadi berhentilah daripada mencari penghargaan daripada manusia dan teruskan mencari cinta Allah. Orang yang tak guna formula ini selalunya akan stress sebab suka dengar apa orang kata.. 

Tuesday, 11 June 2013

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

assalamualaikum..hai semua para pembaca blog saya...ada sesuatu yang menarik untuk dibaca...oklah..saya tak tahu nak cakap apa lagi sebab sekarang saya agak sibuk sikit sebab banyak asemen kena buat..lain kali kalau ada cerita menarik saya akan kongsikan..insyaAllah..
SELAMAT MEMBACA..^_^


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Monday, 10 June 2013

BERSEDEKAH

- Jangan menunggu KAYA dulu baru BERSEDEKAH,tapi BERSEDEKAHLAH niscaya engkau menjadi KAYA.- Jangan menunggu IKHLAS dulu baru BERSEDEKAH,tapi BERSEDEKAHLAH niscaya engkau menjadi IKHLAS.- Jangan menunggu LAPANG dulu baru BERSEDEKAH,tapi BERSEDEKAHLAH niscaya hatimu menjadi LAPANG.- Jangan menunggu NIKMAT dulu baru BERSEDEKAH,tapi BERSEDEKAHLAH niscaya akan bertambah NIKMAT.

Monday, 20 May 2013

LAGU KEGEMARAN SAYA..^_^

assalamualaikum semua..saya nak kongsikan lirik dari lagu yang saya amat suka dan gemari...saya mula minat lagu ni semenjak ianya dimainkan dalam rancangan variety korea iaitu we got married global edition dan lagu ni pun sering berkumandang apabila tiba babak-babak romantik dari pasangan taecyeon dan guigui..lirik lagu ni juga mempunyai makna yang amat mendalam..(tiba-tiba saya terfikir kalau saya dah jumpa seseorang yang bermakna dalam hidup saya atau dia dah jadi yang halal buat saya..senang cerita lagu ni nanti saya nak bagi kat seseorang yang bergelar suami sayalah nanti...ceeeehhhh..sweetkan.berangan je....hehehehee..tapi saya akan jadikan ianya satu kenyataan.^_^


Single: My Everything We Got Married World Edition (우리 결혼했어요 세계판 OST - Part.2)



English Lyrics


Sometimes I sit in silence
waiting for a sign, I’m breathless
Can’t believe that you’re not just a dream
But when you take my hand
my fears all fade away
Your love is more real than anything,
Oh, that I’ve ever known


Hold me close
don’t ever let me go, I am yours,
with all of my heart,
all of my soul
Never lookin’ back, you set me free

You are my everything
The very air I breathe
And your love is all I ever need to know
That we can live this life
Forever side by side
You give me strength to face the tides
You’re the sunlight in my sky
The way you look into my eyes,
I feel brand new, alive,
Cuz they tell me that I’m yours, and
You’re mine

Thought I had all the answers,
knew my way around, my life was
something that I thought would never change
Then you came along,
turned my world upside down
And baby I’m so glad that I was wrong
In your love, I am home

Hold me close
don’t ever let me go, I am yours,
with all of my heart,
all of my soul
Never lookin’ back, you set me free

You are my everything
The very air I breathe
And your love is all I ever need to know
That we can live this life
Forever side by side
You give me strength to face the tides,
You’re the sunlight in my sky
The way you look into my eyes,
I feel brand new, alive,
Cuz they tell me that I’m yours, and
You’re mine

So when things don’t go your way
When you’re let down, when you fear,
just reach for me, I’m here, oh,
Every storm, any mountain to be climbed,
lean on me, I’m by your side,
I will never leave your side

You are my everything
The very air I breathe
And your love is all I ever need to know
That we can live this life
Forever side by side
You give me strength to face the tides,
You’re the sunlight in my sky
The way you look into my eyes,
I feel brand new, alive,
Cuz they tell me that I’m yours, and
You’re mine.... 

Wednesday, 1 May 2013

KISAH DI NERAKA (UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA)..:)

Assalamualaikum..hai para pembaca blog saya..semoga dalam keadaan yang sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta...hmm.agak lama jugakan saya tak kongsikan cerita-cerita yang menarik dan bermanfaat untuk dibaca...bukan apa, sebelum ni saya agak sibuk sebab mahu menghadapi peperiksaan akhir semester..kemudian saya diserang demam panas sampai tak boleh bangun dari katil..dalam seminggu jugalah saya terlantar sebab tak terdaya untuk bangun..hari ini,,alhamdulillah saya masih dipanjangkan umur oleh Allah swt  dan dalam keadaan sihat walafiat...^_^..apa yang boleh saya katakan apabila kita berada dalam keadaan yang tak sihat barulah kita berasa nikmat dan bersyukur ketika waktu sihat..lagi satu..setiap sakit yang menimpa diri kita ialah kerana Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kecil hambanya...semoga Allah swt menghapuskan dosa-dosa kita melalui ujian dan dugaan yang diberi olehNya..InsyaAllah...
berbalik pada cerita yang saya ingin kongsikan hari ini ialah tentang pembalasan Allah swt kepada orang mengingkari perintahnya dan membuat maksiat...ianya amat menginsafkan dan menakutkan...Semoga kita semua dalam keadaan yang diredhai Allah..insyaAllah..amin..semoga bermanfaat..SELAMAT MEMBACA...^_^
Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki'...Naudzubillah!✿ Kisah di neraka..naudzubillah…( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”Satu suara menjelaskan kepada saya.Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu!!!✿Na’uzubillah, Allahumma Ajirna minannar.✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..