Saturday, 29 June 2013

CINTAILAH SESEORANG KERANA ALLAH S.W.T

" Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan. "

" Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut. "

" Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. "

" Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya."

" Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi."

Namun..

" Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada ALLAH SWT, sesungguhnya ALLAH itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. ALLAH mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. "


No comments:

Post a Comment