Thursday, 17 October 2013

SELALU BERFIKIRAN POSITIF...

assalamualaikum..hai para pembaca, hari ini saya nak kongsi sesuatu yang berfaedah untuk dibaca dan saya ingin kongsikan. tidak dapat dinafikan bahawa kita sebagai hamba Allah swt..pasti sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran selagi kita masih bernafas di atas muka bumiNya ini. Allah swt akan memberikan ujian atau dugaan mengikut tahap kemampuan setiap hambaNya dan ingin menguji tahap keimanan kita sebagai hambaNya dan Allah swt menguji kita dalam pelbagai aspek iaitu dari segi harta,kekayaan,kemiskinan,kehilangan,masalah dan pelbagai lagi.tidak kira sama ada kita sedar atau tidak...memang berat untuk menanggung segala ujian dan dugaan yang datang kepada kita dan jalan terbaik untuk mengatasi juga adalah kembalilah kepada Allah swt kerana Allah swt Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu yang berada di muka bumi ini..Maha Mengasihani dan Maha Penyayang..hendaklah kita bersabar dalam menempuh dugaan dan rintangan yang mendatang dan sentiasa mengingati Allah swt kerana Allah swt sangat dekat dengan kita,umpama kita nampak bulan dekat dengan kita tapi sebenarnya ia jauh,kita tak nampak Allah swt tapi Allah swt sangat dekat  dengan kita..Subahanallah,Maha Suci Allah yang mencipta langit dan bumi,yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui...berbalik pada ujian dan dugaan yang saya ceritakan di atas, saya akui kadang-kadang saya rapuh dan tak kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang...saya berusaha setiap hari agar dapat menjadi hamba Allah swt yang baik dan sentiasa mendapat keredhaanNya...saya tahu semua orang yang beragama islam dalam dunia ni juga berharap perkara yang sama seperti saya.Semakin kita ingin menjadi hamba yang baik, semakin kuat pula dugaan dan ujian yang Allah swt berikan kepada kita untuk menguji keimanan kepada kita kerana Allah swt menyayangi hambaNya dan ingin menghapuskan dosa-dosa kecil kita yang lalu. hendaklah kita kembali kepada Allah swt dengan memperbanyakkan bersujud,berzikir dan berdoa memohon keampunana dari Allah swt dan minta agar tabahkan hati dan menangkan jiwa dalam menempuh dugaan dan ujian yang mendatang..insyaAllah..seperti  yang kita tahu dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan dikembalikan..(peringatan buat diriku juga) SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL.^_^

Hati perlu tetap teguh dan jiwa harus tetap utuh, tidak boleh ada kata rapuh, jatuh atau bahkan lumpuh. Hidup terus berjalan, dan kita harus berusaha untuk menghadapinya dengan lebarnya senyuman.

Selalu Berfikiran Positif

Berfikiran positif akan membuat tubuh lebih sihat. Melihat segala sesuatu dari sudut pandang yang lebih membahagiakan. Contohnya fenomena  lewat kahwin, maka dia akan mengedepankan harapan – harapan positif dan menyingkirkan bayang – bayang negatif.
Berikit adalah 5 kelebihan orang yang selalu berfikiran positif, dari penulis K. Wardhanie

1. Berfikiran Positif: Melihat Masalah Sebagai Cabaran

Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuat hidupnya jadi terasa paling sensara di dunia. Dia merasa tercabar untuk mengatasi sesuatu dengan tenaga yang dia miliki.
Dia merasa hidup ini adalah rentetan cabaran yang tidak akan pernah berhenti. Ketika cabaran itu sukar, maka dia akan berkata, “Ini memang sukar tapi kita dapat melakukannya.”
Dia mengkedepankan berita gembira daripada berita buruk.

2. Berfikiran Positif: Menikmati Hidup

Fikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaan dirinya dengan besar hati. Apa yang ada pada dirinya adalah sumber motivasi luar biasa yang dapat menampung diri dan hatinya untuk tetap bertahan dalam keadaan apa pun.
Dia boleh saja untuk merasa longlai tidak bermaya, namun dia memilih untuk mensyukuri  apa yang ada dan kemudian mencuba bersikap yakin atasnya.
Dia tidak mudah terpengaruh oleh ejekan orang dan mencuba teguh berdiri menikmati hidup yang diamanahkan Allah kepadanya. Dalam konteks ini, memang akan ada banyak fitnah dan cakap orang tentang keadaan kita.
Sebaiknya kita tidak perlu tenggelam dan sibuk mendengar cakap orang tentang keadaan kita. Kerana sekencang manapun percakapan itu, tidak akan membantu keadaan kita.
Maka nikmati sahaja hidup ini dengan selalu berusaha dan tidak putus asa kerana Allah adalah tempat berharap yang paling utama.

3. Berfikiran Positif: Berfikiran Terbuka Untuk Menerima Saranan dan Idea

Selalu lebih memilih banyak mendengar dan lebih sedikit berbicara. Bersedia untuk dikritik dan selalu bersegera membenihkan diri. Apatah lagi apabila kita masih berusia belia, masukan dan nasihat yang bermakna akan sangat kita perlukan.
Tugas kita adalah mencuba berikhtiar dengan betul, menyandarkan hati pada Allah atas segala keputusan yang akan kita hadapi.

4. Berfikiran Positif: Segera Menghapuskan Fikiran Negatif

Memelihara fikiran negatif dapat diibaratkan membangunkan singa tidur. Fikiran – fikiran negatif nantinya akan membentuk peribadi – peribadi skeptikal, spesimis dan mengalah sebelum bersaing.
Daya saing seseorang menjadi sangat rendah. Kredibilitinya dipersoalkan dan dilihat sebagai tidak mampu dipercayai. Bila keadaan sudah seperti ini, maka tidak sama sekali akan menguntungkan. Maka abaikan dan hapuskan fikiran negatif yang bersarang di hati.

5. Berfikiran Positif: Mensyukuri Apa Yang Dimiliki

Merupakan sebuah kebahagian luar biasa, apabila kita lebih sibuk mensyukuri apa yang kita miliki dan tidak mencaci apa yang kita tidak miliki. Hidup ini adalah rentetan syukur tidak berkesudahan , bukan caci maki kufur nikmat yang tidak akan habis dikenang.
Apa yang ada di tangan lebih bererti daripada apa yang ada di pandangan. Angan – angan yang membayangkan hanya akan menyisakan harapan tidak  berkesudahan, sedangkan rasa syukur terhadap apa yang dimiliki dapat menampung jiwa untuk mejadi hamba Allah yang bersyukur.
Selalu melihat pada kesukuran hati dan tidak mendongak ke atas terhadap apa yang tidak kita miliki. Ini adalah masalah sejauh mana kita bersyukur, dan sejauh mana usaha kita menghindari kekufuran. Selalu sahaja ada nikmat yang tiada pada diri kita, dan selalu sahaja ada kekurangan yang kita miliki.
Mustahil untuk memiliki segala nikmat di dunia ini. Berhenti berangan dan lebih yakin dengan apa yang ada di tangan  sangat disarankan bagi hati hamba yang lemah seperti kita.


No comments:

Post a Comment