Monday, 5 November 2012

RAHSIA HATI SEORANG WANITA.....(mengertilah wahai kaum lelaki)

Minta kaum lelaki baca


(¯`v´¯)
`•.¸.•(¯`v´¯)
........`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ......`•.¸.•´* ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ*
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian (✿◠‿◠)

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja (✿◠‿◠)

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM (✿◠‿◠)

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui (✿◠‿◠)

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah (✿◠‿◠)

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam (✿◠‿◠)

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum (✿◠‿◠)

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya (✿◠‿◠)

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati (✿◠‿◠)

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita (✿◠‿◠)...saya ambil artikel ni dari fb page aku selalu merinduimu...saya suka ayat-ayat kat atas ni sbb tu saya nak share kat blog ni...SELAMAT MEMBACA..:)

Saturday, 3 November 2012

UNTUKMU ADAM DAN HAWA.........


Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Thursday, 1 November 2012

SAyA DaN dRAmA KoREa......

assalamualaikum....hari ini,sekali lagi saya ingin berkongsi atau meluahkan perasaan.yang terpendam di hati tentang perkara2 yang saya minati dan tidak minati....zaman sekarang ialah zaman kpop.....dan saya adalah salah seorang yang amat meminati segala perkara tentang korea tak kira dari segi adab mereka yang amat sopan dan menghormati antara satu sama lain...dan banyak lagi...saya harap satu hari nanti saya dapat pergi bercuti di korea...:D:D..
Kegilaan saya terhadap citer korea bermula pada tahun 2009 iaitu zaman drama korea yang paling meletop ketika itu iaitu "BOYS OVER FLOWER"...saya pasti ramai wanita telah jatuh hati kepada para pelakon lelaki utamanya yang sangat handsome dan macho atau lebih dikenali sebagai F4...lebih2 lagi pada lee min ho aka gu jun pyo....orang yang tak minat drama korea boleh jadi minatlah sbb ada dia..hehehh...;D
  Semenjak kali pertama tengok drama nilah yang saya mula seakan2 taksub dengan drama korea...sebelum ni saya juga pengikut setia drama winter sonata...kisah cinta musim salju yang amat menyentuh hati tapi takdelah sampai nak kumpul dvd citer korea.....saya juga pengumpul dvd drama korea...itu jelah keje sy kalau tengah free ke atau tak tau nak buat apa..saya akan pasang dvd dan tengok drama2 korea kesayangan saya...bukan apa saya tak boleh terikat dengan waktu siaran tv sbb saya masih belajar...jadi bila saya ada masa saya akan menonton dvd kat rumah....:Dsaya hanya kumpul siri drama korea yang terbaik jelah dari ladang seperti boys over flower,princess hour,rooftop prince,he's beautiful,secret garden,mackerel run,winter sonata,autumn in my heart,49 days,save your last dance for me,personal taste,tree in heaven,stairway to heaven,sunkyunwan scandal,flower boys ramen shop,can you hear my heart,my girl dan beberapa filem jepun and korea yang lain.....<3<3..saya suka tengok citer korea sebab mcm baca citer novel sbb tu saya suka...:);)..emmm lagi satu saya juga suka baca novel...saya rasa tak payahlah saya listkan sebab terlalu banyak...hehehhe...saya juga suka membaca buku-buku yang boleh mendatangkan ilmu pengetahuan...seperti buku keagamaan dan buku-buku yang sama waktu dengannya..@_@...jadi saya amat tidak suka bila ada orang-orang yang cuba mengkritik perkara-perkara yang saya suka buat.....sbb nilah antara hobi saya di waktu lapang...sekian terima kasih....:)
kepada sesiapa yang minat citer korea saya suggestkan awak semua tgk cter bride of the sun,miss ahjumma dan rooftop prince...sangat best bukan pada saya jelah..sebab mejoritinya ramai yang menyatakan best..jgn lupa waktu menonton sediakan tisu tau...ok cukuplah buat setakat ni...kalau ada perkara menarik saya akan kongsi...:D:D





 nilah.antara cerita drama-drama korea yang membuatkan saya mengalirkan air mata,ketawa dan tersenyum...:):D<3<3

Tuesday, 11 September 2012

ImPiAn dan MatlAmAT....

assalamualaikum,,,,,,semua orang ada impian dan matlamat begitu juga dengan saya. Alhamdulillah...saya sangat bersyukur kepada Allah swt..kerana telah mengabulkan setiap doaku satu persatu...walaupun ianya tidak berlaku ketika itu......jadi janganlah kita berputus asa untuk berdoa kepada Allah swt..kerana apabila waktunya sudah sampai Allah swt pasti akan mengabulkan doa kita...InsyaAllah..apa yang penting ikhlas...
  Kembali kepada kisah impian saya,sejak kecil lagi saya dah ada cita-cita iaitu ingin menjadi seorang doktor dan saya juga suka sangat beli permainan doktor2 tu..lepas tu jadilah doktor tak bertauliah merawat pesakit2 palsunya di rumah...hehehhehh..Hari demi hari,tahun demi tahun usia saya meningkat. Ketika saya berada di sekolah menengah cita-cita saya mula berubah iaitu ingin menjadi seorang guru..tak kisahlah guru pape janji guru ..itulah azam saya ketika hampir menduduki spm tahun 2009..Saya seorang yang sangat sukakan kanak-kanak dan bayi sebab mereka sangat comel..hilang rasa masalah dan tekanan dalam jiwa sebaik sahaja melihat senyuman dan telatah mereka...jadi saya mula berazam ingin menjadi cikgu pendidikan prasekolah...dan sebelum itu, ada juga keinginan saya yang lain iaitu ingin mempelajari bidang kecantikan dan solekan sebab saya sangat suka make-up tapi bukanlah untuk tujuan memikat yang pakai tebal2 macam tepung gomak tu.. tapi just ingin meningkatkan keyakinan diri....saya kalau tak makeup pun orang tetap cakap manis (beli bakul angkat sendiri)..hehhehe..tapi itu realiti ok...:P:P.
Alhamdulillah..setelah tamat menduduki peperiksaan spm dan mendapat keputusan...saya apply semua ipta/ipts..dapat salah satunya iaitu penyambung pengajian dalam bidang pengajian islam,pusat pengajian itu terletak di melaka juga saya tetap merasa jauh dari rumah saya di daerah melaka tengah...mana tahan saya kena berpisah dengan parents tercinta..maklumlah anak bongsu dari tiga beradiklah katakan...hehehhe..jadi saya membuat keputusan belajar dalam bidang kemahiran terlebih dahulu....pada mulanya bidang yang saya pelajari di kk adalah bidang rekaan fesyen dan pakaian kerana sangkaan saya bidang kecantikan tiada di melaka...pehhhh susah gila wa cakap lu bidang fesyen kalau tak ada bakat...rasa nk marah je sebab terlalu tension dengan kerja yang diberi....dengan kena belajar melukisnya, belajar menjahitnya...mencari idea...macam mana saya boleh nak ambil bidang fesyen sedangkan waktu kat sekolah menengah dulu subjek kemahiran hidup bahagian yang paling saya lemah adalah bahagian jahitan.....huhuhuhu..tak getilah menjahit kecuali menjahit seluar koyak je..insyaAllah itu pandai..setakat guna skill saya sendiri bolehlah..yang formal skill "i am SORRY" bak kata amir raja lawak...Kemudian tak sampai satu minggu saya berada di bidang fesyen saya telah bertukar kebidang yang saya minati iaitu kecantikan...maka di situ bermulanya ketenangan dan keseronokan kerana mendapat mempelajari bidang yang saya sangat suka...asyik skor je tau..alhamdulillah keputusannya agak cemerlang setiap kali mengambil peperiksaan atau ujian...:):):D<3..
  Setelah saya tamat pengajian selama 2 tahun di kk saya diterima masuk ke dalam oum bagi meneruskan pengajian dalam bidang yang saya impikan iaitu pendidikan prasekolah dan kini pada usia 20 tahun  saya telah pun berada di semester ke-2..alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt sesungguhnya Allah swt maha mendengar lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
SEKIAN....

Wednesday, 2 May 2012

DIMANAKAH DIRIMU DUHAI PEMILIK HATIKU..

 Hari demi hari yang aku lalui penuh dengan dugaan dan cabaran , setiap detik yang berlalu aku isikan dengan perkara -perkara yang aku suka lakukan bagi mengisi kekosongan dalam hati aku, Namun, semua itu bagaikan tidak terkesan sedikit pun dalam hati ini. Benar secara zahirnya aku nampak gembira, riang dan ceria...tapi jauh di sudut hati ini masih ternanti-nanti seseorang yang akan menjadi pelengkap hidupku. Waktu aku berada di bangku sekolah menengah, aku pernah suka dengan seorang lelaki. Ketika itu aku berada di tingkatan 3 dan dia juga seusia denganku. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh ada hati pada dirinya, nak kata rupa paras mungkin tidak sebab waktu itu aku hanya keliru dengan wajah 2 orang lelaki yang agak serupa iaitu antara dia dan sahabat baiknya.Mereka berdua merupakan pengawas di sekolah aku.
   Sejak aku mula perasan kewujudan dirinya, saban hari degupan hati aku mula tidak menentu setiap kali terfikir tentang dirinya dan setiap kali berhadap dengannya tingkah lakuku mula sumbang dari menjadi seorang gadis yang tidak kisah dengan keadaan sekeliling mula gelisah kerana hatiku berdegup dengan laju setiap kali bertembung dengan dirinya. Sememengnya aku tidak boleh berselindung dalam perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Aku juga tidak boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang terjadi, kawanku juga dapat melihat sikap gelabah aku apabila bertembung dengan orang yang aku suka. ADAKAH INI NAMANYA CINTA??
   Sememangnya aku tidak dapat menafikan yang aku mula tangkap cintan dengan lelaki itu dan ianya juga boleh dikategorikan sebagai angau tahap kriktikal kot. Malah aku pernah menulis sehelai surat yang mengandungi namanya yang aku gelarkan sebagai "pengawasku" sebab ketika itu aku masih belum mengetahui nama si dia yang aku suka. Ketika aku menulis surat itu hanya aku dan Allah sahaja yang mengetahui  apa yang terkandung dalam surat tersebut. Bayangkan bertapa berbunga-bunganya perasaan aku waktu menulis surat cinta tentang si dia macam benar-benar kami sedang bercinta.Setelah selesai menulis surat cinta yang indah dan sememangnya dikategorikan sebagi "syok sendiri",aku pun lipatlah sekemas mungkin dan simpan surat tersebut di dalam kotak pensil, tujuan asalnya tidak mahu  sesiapa terbaca dan mengetahui tentang apa yang aku alami ketika itu "SECRET" kata orang putih.
  Pada suatu hari,ketika aku asyik berbual dengan rakan waktu di dalam kelas dan ketika itu pula posisi kedudukan badan aku menghala ke belakang untuk memandang wajah rakan aku yang sedang bercerita tentang satu topik terhangat dan waktu itu juga kotak pensil berada di atas meja aku dengan keadaan zipnya yang tidak tertutup.Tiba-tiba sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, aku melihat rakanku telah membaca isi kandungan yang terkandung di dalama surat tersebut..alahai terkantoi sudah. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu bertapa malunya aku untuk mengakui apa yang tersirat di dalam hati aku dan di saat itu juga aku terpaksa mengakui yang aku mempunyai perasaan terhadap orang yang aku tulis namanya di dalam surat tersebut meskipun hanyalah syok sendiri....

Thursday, 23 February 2012

SEBUAH KISAH....

mana mungkin aku menerima cintanya kembali..setelah aku membuang segala ingatan tentang dirinya...mungkin di masa akan dtg dia akan muncul semula di hadapanku dalam keadaan situasi yg berbeza...ketika itu,,,,waktu itu dan saat itu....maaf hatiku bukan untuk dirimu lagi...mungkin dulu kamu tidak mengenali diriku dan mungkin juga di saat kita dipertemukan semula..kamu masih tidak mengenali diriku.....mungkin kau cinta pertamaku tapi kau bukan cinta terakhirku.....

Tuesday, 31 January 2012

CINTAILAH AKU KERANA ALLAH swt.....

Bila kau mau cintaku…Carilah dulu cinta Allah..
Bila kau mau rinduku..Rindulah dulu Allah dan Rasul-Nya
Bila kau mau sayangku..Sayangilah dulu agamamu lebih dari diriku..
Bila sayang diriku..jauhilah aku sebelum masanya..
Bila ikhlas dengan diriku…jauhkan aku dari zina..terutamanya zina hati..
Bila cintamu sejati untuk ku..cintailah aku karena Allah..
Bila pilihanmu aku..pilihlah karena agamaku..bukan yang lain..
Bila setiamu padaku..setialah karena untuk mendapat ridha Allah..
Bila kau mau peliharaku..peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu..

Yakinlah..Bila Allah tentukan aku milikmu..Aku tetap milikmu..Yakinlah..Bila Allah tentukan aku bukan milikmu..Itu yang terbaik untukmu..Ketahuilah..
diriku juga mencintaimu..pinanglah diriku dengan cara yang baik dan pada waktunya....