Wednesday, 2 May 2012

DIMANAKAH DIRIMU DUHAI PEMILIK HATIKU..

 Hari demi hari yang aku lalui penuh dengan dugaan dan cabaran , setiap detik yang berlalu aku isikan dengan perkara -perkara yang aku suka lakukan bagi mengisi kekosongan dalam hati aku, Namun, semua itu bagaikan tidak terkesan sedikit pun dalam hati ini. Benar secara zahirnya aku nampak gembira, riang dan ceria...tapi jauh di sudut hati ini masih ternanti-nanti seseorang yang akan menjadi pelengkap hidupku. Waktu aku berada di bangku sekolah menengah, aku pernah suka dengan seorang lelaki. Ketika itu aku berada di tingkatan 3 dan dia juga seusia denganku. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh ada hati pada dirinya, nak kata rupa paras mungkin tidak sebab waktu itu aku hanya keliru dengan wajah 2 orang lelaki yang agak serupa iaitu antara dia dan sahabat baiknya.Mereka berdua merupakan pengawas di sekolah aku.
   Sejak aku mula perasan kewujudan dirinya, saban hari degupan hati aku mula tidak menentu setiap kali terfikir tentang dirinya dan setiap kali berhadap dengannya tingkah lakuku mula sumbang dari menjadi seorang gadis yang tidak kisah dengan keadaan sekeliling mula gelisah kerana hatiku berdegup dengan laju setiap kali bertembung dengan dirinya. Sememengnya aku tidak boleh berselindung dalam perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Aku juga tidak boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang terjadi, kawanku juga dapat melihat sikap gelabah aku apabila bertembung dengan orang yang aku suka. ADAKAH INI NAMANYA CINTA??
   Sememangnya aku tidak dapat menafikan yang aku mula tangkap cintan dengan lelaki itu dan ianya juga boleh dikategorikan sebagai angau tahap kriktikal kot. Malah aku pernah menulis sehelai surat yang mengandungi namanya yang aku gelarkan sebagai "pengawasku" sebab ketika itu aku masih belum mengetahui nama si dia yang aku suka. Ketika aku menulis surat itu hanya aku dan Allah sahaja yang mengetahui  apa yang terkandung dalam surat tersebut. Bayangkan bertapa berbunga-bunganya perasaan aku waktu menulis surat cinta tentang si dia macam benar-benar kami sedang bercinta.Setelah selesai menulis surat cinta yang indah dan sememangnya dikategorikan sebagi "syok sendiri",aku pun lipatlah sekemas mungkin dan simpan surat tersebut di dalam kotak pensil, tujuan asalnya tidak mahu  sesiapa terbaca dan mengetahui tentang apa yang aku alami ketika itu "SECRET" kata orang putih.
  Pada suatu hari,ketika aku asyik berbual dengan rakan waktu di dalam kelas dan ketika itu pula posisi kedudukan badan aku menghala ke belakang untuk memandang wajah rakan aku yang sedang bercerita tentang satu topik terhangat dan waktu itu juga kotak pensil berada di atas meja aku dengan keadaan zipnya yang tidak tertutup.Tiba-tiba sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, aku melihat rakanku telah membaca isi kandungan yang terkandung di dalama surat tersebut..alahai terkantoi sudah. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu bertapa malunya aku untuk mengakui apa yang tersirat di dalam hati aku dan di saat itu juga aku terpaksa mengakui yang aku mempunyai perasaan terhadap orang yang aku tulis namanya di dalam surat tersebut meskipun hanyalah syok sendiri....

Thursday, 23 February 2012

SEBUAH KISAH....

mana mungkin aku menerima cintanya kembali..setelah aku membuang segala ingatan tentang dirinya...mungkin di masa akan dtg dia akan muncul semula di hadapanku dalam keadaan situasi yg berbeza...ketika itu,,,,waktu itu dan saat itu....maaf hatiku bukan untuk dirimu lagi...mungkin dulu kamu tidak mengenali diriku dan mungkin juga di saat kita dipertemukan semula..kamu masih tidak mengenali diriku.....mungkin kau cinta pertamaku tapi kau bukan cinta terakhirku.....

Tuesday, 31 January 2012

CINTAILAH AKU KERANA ALLAH swt.....

Bila kau mau cintaku…Carilah dulu cinta Allah..
Bila kau mau rinduku..Rindulah dulu Allah dan Rasul-Nya
Bila kau mau sayangku..Sayangilah dulu agamamu lebih dari diriku..
Bila sayang diriku..jauhilah aku sebelum masanya..
Bila ikhlas dengan diriku…jauhkan aku dari zina..terutamanya zina hati..
Bila cintamu sejati untuk ku..cintailah aku karena Allah..
Bila pilihanmu aku..pilihlah karena agamaku..bukan yang lain..
Bila setiamu padaku..setialah karena untuk mendapat ridha Allah..
Bila kau mau peliharaku..peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu..

Yakinlah..Bila Allah tentukan aku milikmu..Aku tetap milikmu..Yakinlah..Bila Allah tentukan aku bukan milikmu..Itu yang terbaik untukmu..Ketahuilah..
diriku juga mencintaimu..pinanglah diriku dengan cara yang baik dan pada waktunya....

Saturday, 7 January 2012

~ISTIKHARAH CINTA~

 Bersaksi cinta di atas cinta Dalam alunan tasbihku ini Menerka hati yang tersembunyi Berteman di malam sunyi penuh doa Sebut nama-Mu terukir merdu Tertulis dalam sajadah cinta Tetapkan pilihan sebagai teman Kekal abadi hingga akhir zaman Istikharah cinta memanggilku Memohon petunjuk-Mu Satu nama teman setia Naluriku berkata Di penantian luahan rasa Teguh satu pilihan Memenuh separuh nafasku Dalam mahabbah rindu Di istikharah cinta

HATI 1



Kadang-kadang kita sebagai manusia memang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan,sebab tiada seorang pun yang sempurna di dalam dunia ini melainkan yang Maha Esa.
 Susahnya nak menjaga hati semua orang yang kita sayang,bila terlebih di sebelah sini,di sana pula terasa kekurangan.Bila terlebih di sana di sini pula terasa kekurangan.Itulah dilema yang dihadapi oleh sarah seorang gadis yang agak naif tentang kehidupan.Namun dia mempunyai impian dan cita-cita yang hendak dicapai.
 Untuk merialisasikan impiannya itu,Sarah perlu mengharungi segala onak dan duri dalam kehidupan,terlalu banyak kata-kata yang begitu pahit untuk ditelan.Tetapi semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.Secara zahirnya Sarah  kelihatan tidak mempunyai apa-apa masalah kerana dia tidak lokek memberikan senyuman pada sesiapa sahaja "kau fikir pasal apa tu sarah?,"soal hani kepada sarah apabila melihat sahabatnya itu termenung jauh.
Sarah yang agak terkejut dengan sapaan itu lalu berpaling untuk melihat siapa pemilik suara tersebut,kemudian tersenyum pabila melihat hani yang sudah duduk di sebelahnya.
 "Entahlah,macam-macam yang ada dalam kepala aku ni.Tapi takda satu pun yang dapat aku merungkaikan," kata sarah kepada hani,sekaligus meluahkan isi hatinya yang terpendam semenjak peristiwa yang berlaku semalam. "Macam berat je masalah kau ni?. Ceritalah kepada aku kalau kau sudi?. InsyaAllah, manalah tahu kalau aku boleh tolong,"soal Hani perihatin.
"Jahat ke aku?, kalau aku pun terpaksa melukakan hati seseorang?,kejam ke aku Hani?,"soal Sarah bertubi-tubi kepada Hani tanpa menghiraukan soalan yang ditanya oleh sahabatnya itu.Terluah juga apa segala kelukaan yang berada di dalam hatinya,air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir di pipi tidak dapat dibendung lagi.
  Hani yang agak bingung kerana tidak mengetahui pokok pangkal cerita, hanya mendiamkan diri. Dia cuba menjadi pendengar yang baik untuk sarah kerana dengan cara itu sahaja yang dapat mengurangkan tekanan perasaan Sarah.
 "Sarah..Bersabarlah.Anggaplah semua perkara yang berlaku ini adalah dugaan daripada Allah swt untuk kau sebab Allah nak menguji sejauh mana kekuatan iman kau..",kata Hani kepada Sarah untuk menaikkan semangat sahabatnya itu supaya tidak berterusan menyalahkan takdir yang telah tercipta untuknya..
Bersambung.....(sorry sbb saya kehabisan idea utk cter ni jadi sabarlah menunggu ya..insyaAllah kalau ada masa saya akan sambung cternya sbb sy pun bercita-cita untuk menjadi seorang penulis satu hari nnti)...:)