Kadang-kadang kita sebagai manusia memang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan,sebab tiada seorang pun yang sempurna di dalam dunia ini melainkan yang Maha Esa.
Susahnya nak menjaga hati semua orang yang kita sayang,bila terlebih di sebelah sini,di sana pula terasa kekurangan.Bila terlebih di sana di sini pula terasa kekurangan.Itulah dilema yang dihadapi oleh sarah seorang gadis yang agak naif tentang kehidupan.Namun dia mempunyai impian dan cita-cita yang hendak dicapai.
Untuk merialisasikan impiannya itu,Sarah perlu mengharungi segala onak dan duri dalam kehidupan,terlalu banyak kata-kata yang begitu pahit untuk ditelan.Tetapi semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.Secara zahirnya Sarah kelihatan tidak mempunyai apa-apa masalah kerana dia tidak lokek memberikan senyuman pada sesiapa sahaja "kau fikir pasal apa tu sarah?,"soal hani kepada sarah apabila melihat sahabatnya itu termenung jauh.
Sarah yang agak terkejut dengan sapaan itu lalu berpaling untuk melihat siapa pemilik suara tersebut,kemudian tersenyum pabila melihat hani yang sudah duduk di sebelahnya.
"Entahlah,macam-macam yang ada dalam kepala aku ni.Tapi takda satu pun yang dapat aku merungkaikan," kata sarah kepada hani,sekaligus meluahkan isi hatinya yang terpendam semenjak peristiwa yang berlaku semalam. "Macam berat je masalah kau ni?. Ceritalah kepada aku kalau kau sudi?. InsyaAllah, manalah tahu kalau aku boleh tolong,"soal Hani perihatin.
"Jahat ke aku?, kalau aku pun terpaksa melukakan hati seseorang?,kejam ke aku Hani?,"soal Sarah bertubi-tubi kepada Hani tanpa menghiraukan soalan yang ditanya oleh sahabatnya itu.Terluah juga apa segala kelukaan yang berada di dalam hatinya,air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir di pipi tidak dapat dibendung lagi.
Hani yang agak bingung kerana tidak mengetahui pokok pangkal cerita, hanya mendiamkan diri. Dia cuba menjadi pendengar yang baik untuk sarah kerana dengan cara itu sahaja yang dapat mengurangkan tekanan perasaan Sarah.
"Sarah..Bersabarlah.Anggaplah semua perkara yang berlaku ini adalah dugaan daripada Allah swt untuk kau sebab Allah nak menguji sejauh mana kekuatan iman kau..",kata Hani kepada Sarah untuk menaikkan semangat sahabatnya itu supaya tidak berterusan menyalahkan takdir yang telah tercipta untuknya..
Bersambung.....(sorry sbb saya kehabisan idea utk cter ni jadi sabarlah menunggu ya..insyaAllah kalau ada masa saya akan sambung cternya sbb sy pun bercita-cita untuk menjadi seorang penulis satu hari nnti)...:)
No comments:
Post a Comment