Monday, 12 November 2012

KISAH COUPLE....

assalamualaikum...hai para pembaca blog saya...hari ini saya nak kongsikan tentang sesuatu yang menarik untuk di baca....lepas baca kisah kat bawah ni,saya pun nnti nak guna cara macam ni bila ada seseorang ingin mengenali saya..barulah saya tahu orang tu ikhlas ke tidak nak mengenali diri saya lebih mendalam dan cuba mencapai satu matlamat yang diredhai Allah swt..hehhehhe..apalah saya ni pandai-pandai je nilai semua lelaki dalam dunia ni tak ikhlas padahal..bercinta pun tak pernah apatah lagi couple tapi saya pernah jatuh cinta  pada seorang lelaki masa saya tingkatan 3 dulu..itulah kali pertama saya suka pada seorang lelaki tapi saya suka dalam diam..saya tak pernah beritahu dia saya suka kat dia sebab tak berani...habis tingkatan 5..kat situ jelah tamatnya kisah yang boleh dikategorikan first love...tak kisahlah walaupun ada orang cakap tu sekadar cinta monyet..saya tetap juga menganggap yang ianya sebagai cinta pertama saya dan sampai sekarang saya masih ingat nama penuh dia..oklah sampai sini je saya kongsikan cerita remaja saya..tak naklah touching2..huhuhu..sekarang pun still remaja juga tapi dah nak menuju ke alam dewasa sebab tahun depan 2013.. insyaAllah kalau panjang umur 7 september genap umur saya 21 tahun..SELAMAT MEMBACA..^_^

✿~✿ Kisah COUPLE ✿~✿

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?


LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

saya ambil dari facebook page "bercouple itu haram":)

Saturday, 10 November 2012

PeRsOaLan dari LeLakI buKaN IsLam TeNtaNG WANItA ISLAM...

 

assalamualaikum,saya ingin kongsikan lagi tentang perkara yang menarik untuk dibaca...emm nak kongsikan dan ceritakan tentang kehidupan saya, belum ada apa-apa yang menarik buat setakat ni..oklah ini je yang dapat saya kongsikan dulu.. saya kena tidur awal sebab esok hari ahad ada kelas sampai petang jadi tak dapatlah saya nak menghadap blog ni lama-lama....SELAMAT MEMBACA..^_^

Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...”

Friday, 9 November 2012

HATI sEoRAnG YaNg BeRNaMA WANITA.....

assalamualaikum kepada para pembaca blog saya....hari ni saya nak kongsikan lagi sebuah artikel yang agak indah untuk dibaca oleh para pembaca terutama sekali para pembaca wanita...:)

Allah menciptakan kaum kita dengan hati yang dihiasi dengan kelembutan.

Hati yang diselaputi dengan kesabaran.

Hati yang tahan untuk disakiti.

Hati yang belajar erti taat dan setia.

Dengan kelembutan hati wanita lah yang dapat mententeramkan jiwa lelaki

yang dipanggil suami

Dengan kesabaran hati wanitalah yang dapat mendidik anak-anak hingga dewasa

Dengan hati wanita lah yang dapat menahan segala karenah anak dan

suami walau disakiti

Dengan hati inilah wanita mencurahkan segala kasih sayang dan

kesetiaan yang tidak

berbelah bagi kepada seorang suami.

Muslimah sekalian,

Sedarkah kita secara fitrahnya Allah menciptakan kita dengan hati yang kuat.

Terkadang emosi kita yang lebih menguasai hati membuatkan kita lupa

betapa tabah dan kuatnya hati ini.

Betapa cantik dan indahnya Allah ciptakan wanita itu dengan kelembutan

dan kekuatan yang ada pada kita.

Bertambah cantik lagi seorang wanita yang menghiasi emosi dan hatinya

dengan cinta kepada Illahi.

Wahai wanita,

Jika kita sedar betapa kuat Allah ciptakan kita,janganlah kita mudah

jatuh pada satu ujian yang diberiNya.

Emosi yang dianugerahkan Allah kepada kita adalah tanda betapa hati

wanita ini sangat peka.

Peka dengan kehendak dan hati sang suami dan anak-anak.

Bukan tanda kelemahan tetapi sebagai pelengkap dalam rumahtangga.

Jika kita jatuh hari ini,bangunlah.

Jangan pernah dikesalkan.

kerana

Hari ini mengajar kita tentang hari esok.

Agar pengalaman hari ini membuat kita lebih bersedia dan lebih

mengingatiNya pada perjalanan kita yang seterusnya.

Insyaallah.

Wallahualam,
saya kongsikan juga doa bertemu jodoh khas buat wanita....semoga kita dipertemukan dengan pasangan yang soleh..insyaAllah....

saya juga ambil artikel ni dari facebook..page jemput aku menjadi bidadarimu......

SELAMAT MEMBACA..^_^

Thursday, 8 November 2012

SEMUANYA DARI ALLAH...:)


♥ JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH..

♥ Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..

♥ Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,

♥ InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..

♥ Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..

♥ Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..

♥ Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

♥ Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,

♥ Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..

♥ Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
sesungguhnya Allah swt maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.....:)

Monday, 5 November 2012

CINtA...IkhLAS...BoLEH PErCAYa KE????

assalamualaikum..buat semua pembaca blog saya..hari ni saya nak kongsi satu pengalaman yang pernah saya lalui..setahun yang lalu....harap dapat menjadi pedoman buat para wanita di luar sana..jangan terpedaya dengan lelaki-lelaki yang dikenali dari alam maya atau nama saintifiknya adalah internet...tak kisahlah...sama ada melalui facebook,ym,tagged dan sebagainya..betullah kata orang mulut lelaki ni lebih manis dari madu...saya pun hampir percaya pada kata-kata salah seorang lelaki yang dikenali dari laman sosial tagged..saya rasa semua wanita tahu perangai-perangai para lelaki di laman sosial tersebut....saya juga pernah menjadi salah seorang pengguna tagged tapi sekarang saya dah buang dan tak aktif lagi di laman tagged...niat saya di situ sebenarnya ingin berkongsi ayat-ayat yang indah..tak kira samaada ayat tersebut dari al-quran,hadis dan citer-citer yang boleh dijadikan teladan buat para pembaca di laman tersebut...macam biasa saya juga turut kongsikan beberapa keping gambar saya serta keluarga dan setiap gambar saya dipenuhi komen-komen dari para lelaki yang sentiasa akan memuji kecantikan luaran dan kesempurnaan seseorang wanita...tanpa menilai kecantikan dalaman seseorang wanita dahulu....memang saya akui saya sebagai seorang wanita juga suka terhadap lelaki-lelaki yang kacak dan tampan apatah lagi bila tgk hero-hero korea hehehe...tapi itu hanyalah dari segi luaran lelaki tersebut...jika seorang lelaki itu hanya sempurna dari segi luaran tapi dari segi akhlaknya, budi bahasanya, tidak baik tak ada perempuan yang akan suka padanya...bagi saya seorang lelaki yang kacak ialah lelaki yang kuat pegangan agamanya,cinta kepada Allah dan Rasul serta ibunya,baik budi pekertinya,akhlaknya, murah dengan senyuman....penyayang, baik hati...boleh melindungi saya menyayangi dan mencintai saya ikhlas kerana Allah swt...kalau macam ni walaupun lelaki tersebut kurang dari segi paras rupa takpelah...cukuplah dia mencintai Allah dan RasulNya itu dah membuatkan dia kacak di mata saya..sebab kalau nak harap yang perfect memang tak dapat sebab dalam dunia ni takde yang sempurna melainkan Allah swt bak kata ustaz Azhar Idrus "tak handsome/cantik takpe boleh tutup lampu"...hehhehhe...berbalik pada citer saya tadi saya pernah berkawan dengan lelaki dari laman sosial tagged...kebiasaannya saya tak layan lelaki-lelaki yang minta no hp saya kat situ atau tak pernah bagi langsung just kenal2 kat situ je...tapi adalah seorang mamat ni dia pandai usha saya dengan ayat-ayat agama  dan kata-kata yang indah...pastu saya pun tgklah profile dia dan tengok kat wall dia pun byk perkara-perkara yang berkaitan dengan agama...ok saya pun tegerak hati nak bagi no hp saya kat dia...biasalah..mula-mula mesej pastu call..macam perkara yang kami bualkan tapi semuanya perkara-perkara yang baiklah bukannya perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu(itu kalau da halal bolehlah)..pastu dia minta no hp mak saya...saya tanya kenapa...dia cakap tak salah kalau dia nak berkenalan dengan mak saya sebab dia cakap kat saya yang dia ikhlas berkawan dengan saya ..ok saya bagi dan dia pun bermesejlah dgn mak saya...bajet nak jadi menantulah...pastu dia cakap dia sayangkan saya dan da buat sembahyang istikarah dan nampak wajah sayalah (isyyhhh sakit lak hati saya bila teringat kata-kata dia)..tapi saya masih belum terima dia untuk hubungan yang lebih serius dan saya cakap dengan dia biar kita berkawan dulu je...tapi saban hari dia hantar mesej merayu2 dan mesej jiwang2 supaya saya dapat terima dia sebagai kekasih...pastu cakap dia sayang sayalah....macam-macamlah...
  pada suatu hari,,saya terfikiran satu idea untuk menguji keikhlasan dia...masa kami sedang berbual di  hp saya pun rekalah cerita yang saya ni sebenarnya mempunyai masalah pada bahagian kaki dan ada kad kebajikan oku...terus je semua kata-kata saya sayang awak,saya ikhlas dengan awak hilang macam tu je...tiba-tiba je cakap pasal  kalau kita ada jodoh kita akan bersama..ekehhh dalam hati saya terdetik bukan ke selama ni awak yang tergila-gilakan saya,nakkan saya dan bila saya cakap saya ada kekurangan kau terus reject mentah2......dia pulak yang membuatkan saya seperti tergila-gilakan dia.....anda semua boleh nilaikan lelaki yang macam manakah dia ni...nampak baik..mengalahkan ustad bila bermesej dgn saya atau bagi nasihat bila dia tahu je perempuan tu ada kekurangan sikit terus dia reject bukannya nak nilai hati perempuan tu dulu ke....dah sah2lah dia ni seorang lelaki yang pentingkan kecantikan luaran wanita semata-mata bukannya menilai wanita melalui hati.....perkenalan saya dan dia setakat itu saje melalui hp..mungkin dia baik tapi dia tak cukup baik untuk saya atau saya yang tak cukup baik untuk dia...waallahualam...... Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
 

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Secara jujurnya memang saya akui yang saya agak kecewa, sedih dan terkilan dengan perangainya....tetapi saya masih bersyukur sebab saya  ketika itu memang tiada perasaan langsung pada dia walaupun dia psikologi saya dengan ayat-ayat agama dan kata-kata indah...saya tetap dengan hati yang kosong terima semua itu...sebab saya tahu Allah swt telah menciptakan seseorang untuk saya dan dia akan mengisi kekosongan hati saya suatu hari nanti...dia adalah suami saya yang halal buat saya.....semoga cinta kami sentiasa diredhai oleh Allah swt.......:):)

RAHSIA HATI SEORANG WANITA.....(mengertilah wahai kaum lelaki)

Minta kaum lelaki baca


(¯`v´¯)
`•.¸.•(¯`v´¯)
........`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ......`•.¸.•´* ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ*
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian (✿◠‿◠)

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja (✿◠‿◠)

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM (✿◠‿◠)

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui (✿◠‿◠)

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah (✿◠‿◠)

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam (✿◠‿◠)

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum (✿◠‿◠)

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya (✿◠‿◠)

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati (✿◠‿◠)

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita (✿◠‿◠)...saya ambil artikel ni dari fb page aku selalu merinduimu...saya suka ayat-ayat kat atas ni sbb tu saya nak share kat blog ni...SELAMAT MEMBACA..:)

Saturday, 3 November 2012

UNTUKMU ADAM DAN HAWA.........


Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Thursday, 1 November 2012

SAyA DaN dRAmA KoREa......

assalamualaikum....hari ini,sekali lagi saya ingin berkongsi atau meluahkan perasaan.yang terpendam di hati tentang perkara2 yang saya minati dan tidak minati....zaman sekarang ialah zaman kpop.....dan saya adalah salah seorang yang amat meminati segala perkara tentang korea tak kira dari segi adab mereka yang amat sopan dan menghormati antara satu sama lain...dan banyak lagi...saya harap satu hari nanti saya dapat pergi bercuti di korea...:D:D..
Kegilaan saya terhadap citer korea bermula pada tahun 2009 iaitu zaman drama korea yang paling meletop ketika itu iaitu "BOYS OVER FLOWER"...saya pasti ramai wanita telah jatuh hati kepada para pelakon lelaki utamanya yang sangat handsome dan macho atau lebih dikenali sebagai F4...lebih2 lagi pada lee min ho aka gu jun pyo....orang yang tak minat drama korea boleh jadi minatlah sbb ada dia..hehehh...;D
  Semenjak kali pertama tengok drama nilah yang saya mula seakan2 taksub dengan drama korea...sebelum ni saya juga pengikut setia drama winter sonata...kisah cinta musim salju yang amat menyentuh hati tapi takdelah sampai nak kumpul dvd citer korea.....saya juga pengumpul dvd drama korea...itu jelah keje sy kalau tengah free ke atau tak tau nak buat apa..saya akan pasang dvd dan tengok drama2 korea kesayangan saya...bukan apa saya tak boleh terikat dengan waktu siaran tv sbb saya masih belajar...jadi bila saya ada masa saya akan menonton dvd kat rumah....:Dsaya hanya kumpul siri drama korea yang terbaik jelah dari ladang seperti boys over flower,princess hour,rooftop prince,he's beautiful,secret garden,mackerel run,winter sonata,autumn in my heart,49 days,save your last dance for me,personal taste,tree in heaven,stairway to heaven,sunkyunwan scandal,flower boys ramen shop,can you hear my heart,my girl dan beberapa filem jepun and korea yang lain.....<3<3..saya suka tengok citer korea sebab mcm baca citer novel sbb tu saya suka...:);)..emmm lagi satu saya juga suka baca novel...saya rasa tak payahlah saya listkan sebab terlalu banyak...hehehhe...saya juga suka membaca buku-buku yang boleh mendatangkan ilmu pengetahuan...seperti buku keagamaan dan buku-buku yang sama waktu dengannya..@_@...jadi saya amat tidak suka bila ada orang-orang yang cuba mengkritik perkara-perkara yang saya suka buat.....sbb nilah antara hobi saya di waktu lapang...sekian terima kasih....:)
kepada sesiapa yang minat citer korea saya suggestkan awak semua tgk cter bride of the sun,miss ahjumma dan rooftop prince...sangat best bukan pada saya jelah..sebab mejoritinya ramai yang menyatakan best..jgn lupa waktu menonton sediakan tisu tau...ok cukuplah buat setakat ni...kalau ada perkara menarik saya akan kongsi...:D:D





 nilah.antara cerita drama-drama korea yang membuatkan saya mengalirkan air mata,ketawa dan tersenyum...:):D<3<3