Sunday, 13 January 2013

Best drama korea The Princess Man

assalamualaikum, dah lama juga ya saya tak update cerita baru atau kisah-kisah yang menarik untuk dibaca. jadi saya nak kongsikan tentang drama korea yang tengah saya menonton sekarang iaitu the princess man..ceritanya berkaitan dengan perebutan takhta dan pemerintahan di zaman chosun...
mengenai dua pihak iaitu..tuan putera amat menginginkan kedudukan maharaja dan sanggup membunuh, mengkhianati semata-mata untuk mencapai matlamat..manakala satu lagi pihak adalah untuk menegakkan keadilan demi keamanan negara serta rakyat..permusuhan kedua-dua pihak terjadi apabila maharaja telah mangkat...jadi tuan putera yang juga merupakan adik kepada maharaja mahu mengambil peluang untuk menduduki takhta maharaja..dan maharaja pula mempunyai dua orang zuriat iaitu puteri dan putera..apabila maharaja telah mangkat secara automatik takhtanya diturunkan kepada puteranya..di sebabkan putera masih belum cukup umur maharaja telah mewasiatkan kepada naib perdana menteri yang jujur dan suka menegakkan keadilan untuk menjadi penyokong dan perlindung kepada puteranya yang merupakan maharaja baru...maharaja tidak mewasiatkan kepada adik lelaki iaitu tuan putera kerana telah mengetahui tuan putera mempunyai niat yang tidak baik..apabila tuan putera mengetahui yang namanya tidak tercatat dalam wasiat terakhir maharaja sebaliknya nama naib perdana menteri untuk dijadikan penyokong dan perlindung maharaja dan puteri..tuan putera sangat marah dan berniat untuk menghapuskan semua pengikut- pengikut naib perdana menteri..
 pada masa yang sama juga anak perempuan sulung kepada tuan putera dan anak lelaki bongsu naib perdana menteri saling mencintai antara satu sama lain tanpa mengetahui yang bapa mereka bermusuhan...sehingga ke tahap bunuh- membunuh..selain itu, anak perempuan sulung tuan putera juga telah menyembunyi identiti diri dari pengetahuan anak lelaki bongsu naib perdana menteri dan menyamar sebagai orang gaji...

cerita ini ala-ala romeo and juliet tapi versi korea zaman chosun..kisah cinta mereka amat tragis dan meruntun jiwa..(menangis wa cakap lu)..heheheh..saya baru menonton sampai episod 9 tetapi terlebih emosi  macam saya pula yang berlakon dalam cerita tu..hehehe..setakat ni jelah yang saya faham tentang cerita ni...apa-apa pun cerita ni memang sedih dan best termasuklah ostnya pun terbaik...dibintangi oleh park shi ho dan moon chae won..ok sampai sini sahaja dulu..SELAMAT MEMBACA DAN MENONTON..^_^








Monday, 7 January 2013

CIRI LELAKI IDAMAN PARA WANITA..

Assalamualaikum..saya nak kongsikan sesuatu yang menarik untuk dibaca dan saya ambil artikel ni dari fb page bercinta selepas nikah..SELAMAT MEMBACA..^_^

kepada pemilik tulang rusukku ...mungkin kita belum ditakdirkan untuk bertemu  sekarang...tapi saya tahu awak akan datang mengambil saya untuk dijadikan isteri dengan cara paling terhormat ..walaupun saya tak tahu awak berada di mana sekarang,tidak tahu apa nama awak tapi saya tetap menunggu awak dan saya percaya awak ada untuk saya..bersabarlah kerana Allah swt sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita dan saya berharap suatu hari nanti apabila kita bertemu dan mempunyai ikatan yang sah  bimbinglah saya menuju ke jalan yang diredhai Allah swt..semoga cinta kita berkekalan hingga ke janna dan sentiasa diberkati oleh Allah swt...Semoga Cinta Kita Sentiasa Ikhlas Kerana Allah swt..InsyaAllah..:)

Carilah LELAKI yang mampu menjadi IMAM untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam.

Seorang lelaki yang baik, dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik.. ♥
Bukan menghanyutkan (◠‿◠)

Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA. InsyaALLAH.

 

Sunday, 6 January 2013

♥ PERKAHWINAN ♥


P . ♥ Penyatuan Jiwa Dua Insan.

E . ♥ Elemen Cinta & Kasih Sayang.

R . ♥ Restu Ibu Ayah & Redha Ilahi Diharapkan.

K . ♥ Kahwinilah Dia Krna Agamanya Bkn Krna Harta & Kecantikan.

A . ♥ Allah Menghalalkan Satu Ikatan, Usah Dicari Lagi yg Haram.

H . ♥ Hanya Sabar Rencah Memperkukuhkan Ikatan.

W. ♥ Wanita & Lelaki Saling Lengkap-Melengkapi.

I . ♥ Inilah Fitrah Dari Ilahi.

N . ♥ Niat Ikhlas & Suci utk menghalalkan Sebuah Ikatan Cinta.

A . ♥ Anak-Anak Adalah Anugerah Yang Amat Bernilai.

N . ♥ Nanti Diakhirat Dapat Balasan drpd apa yg kita lakukan.

P/s: Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." ♥

~Cahaya Keinsafanku.~

petikan diambil dari fb page cinta Allah cinta Abadi.

Saturday, 5 January 2013

Pesanan dan Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada Wanita

assalamualaikum..selamat pagi semua,bersyukur kita kepada Allah swt kerana masih diizinkan olehNya untuk bernafas di atas bumiNya ini (wah..macam ustazah nak bagi tazkirahlah..heheheh)...hari ini saya nak kongsikan sesuatu yang menarik untuk dibaca dan mendatangkan faedah, terutama sekali kepada para pembaca wanita dan untuk diri saya juga..insyaAllah semoga kita sentiasa dipelihara dan diberkati olehNya..:)
SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERAMAL..^_^


KERANA DIA SEORANG AYAH

assalamualaikum,saya ingin kongsikan sebuah cerita yang menyentuh hati tentang seorang ayah....semoga ianya dijadikan pengajaran buat kita semua...insyaAllah..
SELAMAT MEMBACA..^_^

 [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kita]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah




♥ KISAH SUAMI ISTERI YANG BARU BERKAHWIN ♥

assalamualaikum...saya ada sesuatu yang menarik untuk dibaca dan pasti semua para pembaca wanita akan tersenyum apabila membacanya sebab sweet sangat si suami berkata sebegitu kepada si isteri..tidak terkecuali saya juga..hehehehe...:)
SELAMAT MEMBACA..^_^

 
ISTERI : Abang, janji ek, takkan pernah sayang perempuan lain selain saya?..
SUAMI : Maaf, abang tak boleh janji macam tu..
ISTERI : Kenapa? Abang ada perempuan lain lah ye? (dengan nada terkejut)
SUAMI : Hmmm.. Abang mintak maaf .. Abang takut suatu hari nanti dia muncul dan abang akan sayang dia.
ISTERI : Jadinya abang tak setia? (dengan nada cemburu)
SUAMI : Awak memang cantik tapi mungkin PEREMPUAN tu lagi cantik, mungkin dia akan selalu hiburkan abang waktu abang penat, sedih, marah.. Mungkin Dia memang baik macam awak.. Dia ada semua sikap macam awak.. Macam yang abang inginkan..

Si Isteri tertunduk membisu. Sedih hati nya bukan kepalang.
Melihatkan itu, si suami tersenyum lalu memegang tangan isterinya..

SUAMI : Abang akan sayang dia macam abang sayang awak..suatu hari nanti dan Dia akan panggil awak.. MAMA! Sebab tu abang tak boleh janji.. Insyaallah abang akan sayang anak perempuan kita macam abang sayang awak. Bahkan mungkin lebih.

... Dan mereka sama-sama tersenyum :-)


~petikan diambil dari fb page bercouple itu haram~


HATI WANITA..

assalamualaikum...hai semua para pembaca blog saya, kebelakangan ni saya agak buzy sikit sebab baru habis final exam...30 disember lepas...hari ni dah masuk 5 januari tahun 2013 dan rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013...semoga Allah swt panjangkan umur kita semua dan dimurahkan rezeki..moga kita menjadi lebih baik dari tahun lepas..InsyaAllah...:)

~ Ustaz Azhar Idrus ~

Soalan : "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...."