assalamualaikum...saya ada sesuatu yang menarik untuk dibaca dan pasti semua para pembaca wanita akan tersenyum apabila membacanya sebab sweet sangat si suami berkata sebegitu kepada si isteri..tidak terkecuali saya juga..hehehehe...:)
SELAMAT MEMBACA..^_^
ISTERI : Abang, janji ek, takkan pernah sayang perempuan lain selain saya?..
SUAMI : Maaf, abang tak boleh janji macam tu..
ISTERI : Kenapa? Abang ada perempuan lain lah ye? (dengan nada terkejut)
SUAMI : Hmmm.. Abang mintak maaf .. Abang takut suatu hari nanti dia muncul dan abang akan sayang dia.
ISTERI : Jadinya abang tak setia? (dengan nada cemburu)
SUAMI : Awak memang cantik tapi mungkin PEREMPUAN tu lagi cantik,
mungkin dia akan selalu hiburkan abang waktu abang penat, sedih, marah..
Mungkin Dia memang baik macam awak.. Dia ada semua sikap macam awak..
Macam yang abang inginkan..
Si Isteri tertunduk membisu. Sedih hati nya bukan kepalang.
Melihatkan itu, si suami tersenyum lalu memegang tangan isterinya..
SUAMI : Abang akan sayang dia macam abang sayang awak..suatu hari nanti
dan Dia akan panggil awak.. MAMA! Sebab tu abang tak boleh janji..
Insyaallah abang akan sayang anak perempuan kita macam abang sayang
awak. Bahkan mungkin lebih.
... Dan mereka sama-sama tersenyum :-)
~petikan diambil dari fb page bercouple itu haram~
Saturday, 5 January 2013
HATI WANITA..
assalamualaikum...hai semua para pembaca blog saya, kebelakangan ni saya agak buzy sikit sebab baru habis final exam...30 disember lepas...hari ni dah masuk 5 januari tahun 2013 dan rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013...semoga Allah swt panjangkan umur kita semua dan dimurahkan rezeki..moga kita menjadi lebih baik dari tahun lepas..InsyaAllah...:)
~ Ustaz Azhar Idrus ~
Soalan : "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa
sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak
untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih,
kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa?"
Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...."
Wednesday, 26 December 2012
BAJU SEKOLAH...
Assalamualaikum..hari ini saya nak kongsikan satu cerita yang agak menyentuh hati untuk dibaca...
SELAMAT MEMBACA..:)
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala
Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari
datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap
kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya
tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala
tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali
kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga
datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji
saya untuk memukulnya kalau masih lambat.
Anehnya dia hanya
menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa
sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan
saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih
tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke
rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia
tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.
Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri
di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin
ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang
anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil
berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan
kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas
memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari
ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.
Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu
dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia
terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan
kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan
saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan
kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung
kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya
memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup
menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.
Tuesday, 25 December 2012
MENCUBA PAKAIAN SYURGA..:)
Assalamualaikum...hari ini saya nak kongsikan satu artikel yang menarik untuk dibaca tentang mencuba pakaian syurga dari Sumber: http://www.ukhwah.com/..islam adalah agama yang sangat indah dan setiap apa yang terjadi pada kita pasti mempunyai hikmah.Jadi janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah swt kerana Allah swt adalah perancang terbaik untuk kita..Allah swt Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui.apa yang tersurat dan tersirat di hati setiap hambanya.Haraplah hanya keredhaan Allah swt dan bukannya keredhaan manusia..bersama-samalah kita saling mengingati sama ada saya atau para pembaca..cukuplah hanya Allah swt di hati kita kerana Allah swt adalah Maha pencipta kita dan sekalian alam..saya dengan rendah hati sebagai manusia biasa juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kesalahan dan dosa tak kira sama ada dalam keadaan sedar atau tidak kerana tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni melainkan Rasulullah saw manusia agung dan sempurna..jika kita telah melakukan dosa hendaklah kita kembali kepada Allah swt kerana Allah swt Maha Pengampun dan Maha penerima taubat..insyaAllah selagi pintu taubatNya tidak tertutup selagi itulah kita mempunyai peluang untuk meinta keampunan dariNya..Bagi para pembaca perempuan jika kita mempunyai niat untuk menjadi lebih baik tak kira dari segi pemakaian,akhlak atau sebagainya..teruskan jelah niat murni kita itu tanpa rasa ragu -ragu atau takut dengan penilaian manusia terhadap diri kita biarlah hanya Allah swt sahaja yang mengetahui keikhlasan hati kita insyaAllah....oklah sampai disini sahaja hari ini..Semoga kita mendapat manfaat darinya..InsyaAllah..SELAMAT MEMBACA dan SELAMAT BERAMAL...^_^
Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.
Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.
Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?
Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?
Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?
“Eh, Minah ni, pakai jubah pula.”
Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.
Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?
Kita dan Fesyen
Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :
“Eh, Aishah, Kenapa labuh sangat?”.
Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.
“Erm, memang saya suka jenis yang macam ini.”
Sikap Umat Kita
Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak lumat entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.
Apa yang Hilang?
Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.
Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.
Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.
Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.
Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.
Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.
Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?
Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.
Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur :31)
Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?
Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?
Prejudis Terhadap Umat Sendiri
Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba “berhijrah” ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?
Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!
Sabda Nabi Junjungan
Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Bersabda Rasululah saw:
“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing.” (H.R Muslim)
Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.
Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.
Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.
Daripada Anas .a. bekata, Rasulullah saw. bersabda:
“Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.” (H.R Tirmizi)
Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.
Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
Lecehnya Islam
Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?
Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?
Tiada.
Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?
Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.
Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :
Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Rasulullah saw. bersabda :
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.
Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.
Monday, 24 December 2012
HATIKu INGIN sEkAli MenONton DRaMa Korea Iaitu Queen In HYun MAN ( Queen and I)
assalamualaikum..pada semua penggemar drama korea..pasti sering search tajuk atau download drama korea yang terbaru dan yang bestkan2...ermmm saya dah terikut dengan ada salah satu drama korea teraru iaitu Queen in Hyun Man....saya baru tengok sampai episod 10 kat dramacrazy.. tapi sampai episod ke -10 je videonya tersekat..kecewanya saya...tahu tak cerita sangat menarik dan best..plot ceritanya lebih kurang sama dengan rooftop prince...tetapi rooftop prince lebih bergenre kelakar,fantasi dan sedih.Manakala Queen in Hyun Man ni genrenya lebih kepada romantik,fantasi dan sedih..Ianya mengisahkan tentang seorang lelaki yang hidup dalam zaman era joseon 300 tahun dahulu dan termasuk ke era moden iaitu tahun 2012 melalui sekeping kertas yang mempunyai ayat-ayat jampi yang dibaca lelaki tersebut...dan di zaman moden pula dia telah ditakdirkan bertemu dengan seorang perempuan yang juga merupakan pelakon perempua dan diberi watak wanita yang bernama Queen In hyun untuk dilakonkan olehnya dalam sebuah drama...banyak perkara manis dan aneh yang dilalui oleh perempuan tersebut..Dvdnya sudah terdapat di pasaran-pasaran dan saya tak sabar untuk memilikinya untuk menambah koleksi drama korea yang sedia ada di rumah saya...kena sabar sebab saya kena kumpul duit dulu sebelum membeli benda yang saya suka..kalau ikutkan nafsu memang sekarang juga saya nak pergi beli...tapi sabar tu separuh dari iman dan membazir tu amalan syaitan sebab tu saya kena tangguhkan dulu niat saya utk mememiliki dvd tersebut..nak kumpul duit untuk perkara yang lebih penting dulu...^_^...kepada peminat drama korea jangan lupa tengok cerita Queen In Hyun Man sebab ceritanya memang menarik dan best..oklah sampai sini sahaja..nanti kalau ada cerita korea atau artikel2 yang menarik untuk dibaca saya akan kongsikan ok...SELAMAT MEMBACA..^_^
QUEEN IN HYUN'S MAN
QUEEN IN HYUN'S MAN
Sunday, 23 December 2012
BeSTnYA CTEr PASTA KOREAn DrAMa...:)
assalamualaikum...semalam 23 hari bulan saya baru lepas habis kertas kedua final exam dan next paper adalah khamis mggu depan..jadi saya diberi keizinan oleh ibu bapa saya untuk menghilangkan tekanan tapi 1 hari pastu kena fokus pada buku balik dan buat revision untuk next paper...so dengan kesempatan ini..saya takkan melepaskan peluang untuk menonton koleksi-koleksi drama korea kesayangan saya tapi satu cerita jelah dan boleh habiskan semua epsd dalm 1 disc sahaja kalau nak tgk sampai epsd akhir terlebih hadlah tu nnti, bila saya dapat final exam paper takkanlah saya nak tulis nama pelakon-pelakon yang ada dalam cerita korea yang saya tgk lak..alamatnya telur ayamlah saya..huisshh..simpang malaikat 44 minta janganlah because our future is more important in this world...cehwah speaking matsalleh tu..ahakks!!::P
hari ini untuk menghilangkan tekanan dan merehatkan minda..saya pun menontonlah drama korea yang baru saya beli pada 3 hari lepas bersama ibu saya..tajuk ceritanya ialah pasta..cerita ni mengisahkan seorag gadis yang mempunyai semangat kental dan tak berputus asa untuk mencapai cita-cita untuk menjadi tukang masak selepas 3 tahun menjadi pembantu dapur di sebuah restoran dan impiannya adalah dapat masak pasta untuk mendiang ibunya..kerana sewaktu ibunya masih hidup dia tak berpeluang makan pasta bersama ibunya di sebuah restoran dan telah menghampakan keinginan ibunya untuk makan pasta bersamanya di sebuah restoran...jadi di situlah bermulanya perjalanan hidup gadis itu dalam mengejar cita-cita dan impian..kemudian datangnya seorang lelaki ke dapur masakan tersebut dan menjadi pekerja baru sekaligus merupakan ketua chef di restoran tempat gadis itu bekerja..pelbagai pengalaman pahit yang dilalui oleh gadis itu tetapi dia tetap tidak berputus asa dan tabah melaluinya....
sampai sini jelah yang saya faham tentang cerita pasta sebab saya baru tgk sampai epsd 5..bagi saya cerita pasta ini agak menarik dan saya tak sabar nak tengok sampai akhir epsd...nak ikutkan hati nk jer terus tgk cerita ni sampai habis tapi kena sabar dulu sebab final exam belum habis lagi..hehheheh..saya tahu cerita pasta ni dah lama tapi saya baru dapat tahu yang cerita ni best semenjak saya mula jadi penggemar menonton drama korea...^_^
byk lagi sebenarnya cerita drama korea yang best-best...cuti sementer nnti nak tgklah..hehehe..oklah sampai sini sahaja..SELAMAT MEMBACA..^_^
hari ini untuk menghilangkan tekanan dan merehatkan minda..saya pun menontonlah drama korea yang baru saya beli pada 3 hari lepas bersama ibu saya..tajuk ceritanya ialah pasta..cerita ni mengisahkan seorag gadis yang mempunyai semangat kental dan tak berputus asa untuk mencapai cita-cita untuk menjadi tukang masak selepas 3 tahun menjadi pembantu dapur di sebuah restoran dan impiannya adalah dapat masak pasta untuk mendiang ibunya..kerana sewaktu ibunya masih hidup dia tak berpeluang makan pasta bersama ibunya di sebuah restoran dan telah menghampakan keinginan ibunya untuk makan pasta bersamanya di sebuah restoran...jadi di situlah bermulanya perjalanan hidup gadis itu dalam mengejar cita-cita dan impian..kemudian datangnya seorang lelaki ke dapur masakan tersebut dan menjadi pekerja baru sekaligus merupakan ketua chef di restoran tempat gadis itu bekerja..pelbagai pengalaman pahit yang dilalui oleh gadis itu tetapi dia tetap tidak berputus asa dan tabah melaluinya....
sampai sini jelah yang saya faham tentang cerita pasta sebab saya baru tgk sampai epsd 5..bagi saya cerita pasta ini agak menarik dan saya tak sabar nak tengok sampai akhir epsd...nak ikutkan hati nk jer terus tgk cerita ni sampai habis tapi kena sabar dulu sebab final exam belum habis lagi..hehheheh..saya tahu cerita pasta ni dah lama tapi saya baru dapat tahu yang cerita ni best semenjak saya mula jadi penggemar menonton drama korea...^_^
byk lagi sebenarnya cerita drama korea yang best-best...cuti sementer nnti nak tgklah..hehehe..oklah sampai sini sahaja..SELAMAT MEMBACA..^_^
Saturday, 22 December 2012
KESALAHAN SEMASA MEMBACA AL-FATIHAH
PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat
bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu
tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama
syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.
NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari
kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua
harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT
insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an
a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua
baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan
betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat
kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi
apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.
PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.
NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari
Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






