Wednesday, 28 August 2013

DRAMA KOREA I HEAR YOUR VOICE.:)

assalamualaikum..rasanya dah agak lama saya kongsi cerita atau drama-drama yan saya minat...hari ini saya nak ceritakan tentang satu drama korea yang agak baru ketika ini..iaitu i hear your voice..cerita ni mengisahkan keadilan,kebenaran,cinta,keluarga dan tanggungjawab..ceritanya bermula apabila seorang remaja perempuan bersama rakannnya tapi bukanlah kawan pun cuma anak kepada majikan kepada ibunya..ibunya remaja perempuan ni kiranya pembantu rumahlah..ada satu kejadian kemalangan yang amat dasyat dan secara kebetulan remaja perempuan yang bernama jang hye sung dan rakannya tadi telah ternampak seorang lelaki yang memegang batang paip telah memukul pemandu kereta yang kemalangan tadi sampai mati..lalu remaja perempuan ni pun dengan beraninya dia mengambil gambar si penjenayah ni tengah pukul  pemandu kereta tadi dan ketika kejadian itu berlaku..si pemandu tu ada bersama dengan anaknya.jadi anak kepada si pemandu tu pun saksi si penjenayah tu bunuh ayah dia dengan batang paip..baru si penjenayah ni nak tukar giliran untuk bunuh si anak pula..dia terdengar bunyi camera handphone si remaja perempuan yang mengambil gambar dia...lalu si penjenayah ni pun berang dan mengejar remaja perempuan yang ambil gambar dia tadi..tetapi remaja perempuan dan rakannya sempat melarikan diri dan bersembunyi..si penjenayah mahu meneruskan pencariannya tetapi tidak dapat meneruskan sebab polis dah sampai jadi dia memberi amaran kepada dua orang gadis remaja tersebut untuk menyimpan rahsia dan bukti kalau tidak dia janji yang mereka berdua tidak akan dilepaskan dan dibunuh olehnya..kemudian sewaktu perbicaraan sedang dilakukan di mahkamah ke atas si penjenayah itu tadi dia boleh dilepaskan kerana tiada bukti tetapi anak kepada si pemandu yang dibunuh tadi mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran orang...dia bercakap perkara yang difikirkan oleh si penjenayah tersebut tetapi tiada siapa percaya kerana dia masih lagi seorang kanak-kanak dan secara logiknya tiada orang yang akan percaya yang dia mempunyai kebolehan tersebut..beberapa minit kemudian remaja perempuan yang merupakan saksi dan mempunyai gambar sebagai bukti muncul ketika perbicaraan sedang diadakan dan menunjukkan bukti kepada hakim yang si penjenayah itu benar-benar bersalah dan si anak pemandu yang telah dibunuh bernama park so ha terhutang budi denganremaja perempuan itu tadi kerana sudi tampil untuk menunjukkan bukti dan menceritakan kebenaran...remaja perempuan tadi mula rasa menyesal kerana bercakap benar dan memberikan bukti kepada mahkamah kerana diserang oleh si penjenayah itu tadi dan diugut yang dia akan melaksanakan janjinya untuk membalas dendam dan membunuh orang yang menunjukkan bukti setelah dia keluar penjara kelak..kanak-kanak yang bernama park so ha telah mengikuti remaja perempuan bernama jang hye sung keluar dari mahkamah untuk mengucapkan terima kasih kerana telah bercakap benar di mahkamah..remaja perempuan tu memarahi kanak-kanak tersebut kerana mengikutinya dan kemudian meluahkan perasaan takutnya apa yang akan terjadi di masa hadapan apabila si penjenayah tu keluar dari penjara kelak..lalu kanak-kanak itu berjanji yang dia akan melindungi remaja perempuan tu dan remaja perempuan yang bernama jang hye sung  merupakan cinta pertamanya....tulah apa yang saya faham tentang drama ni..drama ni sangat best dan menyentuh perasaan...kisah cinta yang tidak mengenal usia..saya sangat suka drama ni dan saya tengah tunggu dvdnya keluar dipasaran utk dijadikan sebagai koleksi dvd drama-drama korea kesayangan saya...oklah sampai sini sahaja dulu..kalau ada drama korea best lagi saya akan ceritakan kalau ada masa..insyaAllah...
SELAMAT MEMBACA..^_^