Wednesday, 2 May 2012

DIMANAKAH DIRIMU DUHAI PEMILIK HATIKU..

 Hari demi hari yang aku lalui penuh dengan dugaan dan cabaran , setiap detik yang berlalu aku isikan dengan perkara -perkara yang aku suka lakukan bagi mengisi kekosongan dalam hati aku, Namun, semua itu bagaikan tidak terkesan sedikit pun dalam hati ini. Benar secara zahirnya aku nampak gembira, riang dan ceria...tapi jauh di sudut hati ini masih ternanti-nanti seseorang yang akan menjadi pelengkap hidupku. Waktu aku berada di bangku sekolah menengah, aku pernah suka dengan seorang lelaki. Ketika itu aku berada di tingkatan 3 dan dia juga seusia denganku. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh ada hati pada dirinya, nak kata rupa paras mungkin tidak sebab waktu itu aku hanya keliru dengan wajah 2 orang lelaki yang agak serupa iaitu antara dia dan sahabat baiknya.Mereka berdua merupakan pengawas di sekolah aku.
   Sejak aku mula perasan kewujudan dirinya, saban hari degupan hati aku mula tidak menentu setiap kali terfikir tentang dirinya dan setiap kali berhadap dengannya tingkah lakuku mula sumbang dari menjadi seorang gadis yang tidak kisah dengan keadaan sekeliling mula gelisah kerana hatiku berdegup dengan laju setiap kali bertembung dengan dirinya. Sememengnya aku tidak boleh berselindung dalam perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan. Aku juga tidak boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang terjadi, kawanku juga dapat melihat sikap gelabah aku apabila bertembung dengan orang yang aku suka. ADAKAH INI NAMANYA CINTA??
   Sememangnya aku tidak dapat menafikan yang aku mula tangkap cintan dengan lelaki itu dan ianya juga boleh dikategorikan sebagai angau tahap kriktikal kot. Malah aku pernah menulis sehelai surat yang mengandungi namanya yang aku gelarkan sebagai "pengawasku" sebab ketika itu aku masih belum mengetahui nama si dia yang aku suka. Ketika aku menulis surat itu hanya aku dan Allah sahaja yang mengetahui  apa yang terkandung dalam surat tersebut. Bayangkan bertapa berbunga-bunganya perasaan aku waktu menulis surat cinta tentang si dia macam benar-benar kami sedang bercinta.Setelah selesai menulis surat cinta yang indah dan sememangnya dikategorikan sebagi "syok sendiri",aku pun lipatlah sekemas mungkin dan simpan surat tersebut di dalam kotak pensil, tujuan asalnya tidak mahu  sesiapa terbaca dan mengetahui tentang apa yang aku alami ketika itu "SECRET" kata orang putih.
  Pada suatu hari,ketika aku asyik berbual dengan rakan waktu di dalam kelas dan ketika itu pula posisi kedudukan badan aku menghala ke belakang untuk memandang wajah rakan aku yang sedang bercerita tentang satu topik terhangat dan waktu itu juga kotak pensil berada di atas meja aku dengan keadaan zipnya yang tidak tertutup.Tiba-tiba sebaik sahaja aku menoleh ke hadapan, aku melihat rakanku telah membaca isi kandungan yang terkandung di dalama surat tersebut..alahai terkantoi sudah. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu bertapa malunya aku untuk mengakui apa yang tersirat di dalam hati aku dan di saat itu juga aku terpaksa mengakui yang aku mempunyai perasaan terhadap orang yang aku tulis namanya di dalam surat tersebut meskipun hanyalah syok sendiri....